Resepi Pajeri Terung
Resepi Pajeri Terung yang lazat dari utara. Keistimewaan nya terletak pada kerisik yg menambah aroma dan rasa.
Bahan-bahan:
- 3 biji terung panjang (sederhana kecil)
- 3 sudu besar minyak
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
- 1 sudu besar kerisik
- Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
- Bahan untuk dikisar halus:
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 cm halia
- 1 sudu besar udang kering
Cara Penyediaan:
- Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
- Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
- Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.
Resepi Pajeri Terung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya
- Bukan ‘Hak’ Hisham untuk tangguh perbicaraan
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
- Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :