Korea Utara lancar peluru berpandu pada sidang kemuncak Jepun-Korea Selatan
Korea Utara lancar peluru berpandu pada sidang kemuncak Jepun-Korea Selatan
TOKYO: Pemimpin Jepun dan Korea Selatan mengadakan sidang kemuncak pertama dalam tempoh 12 tahun semalam bertujuan mencapai persefahaman, namun pertemuan bersejarah itu hanya meningkatkan ketegangan dengan Korea Utara.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dilaporkan tiba di Tokyo sebelum Korea Utara melepaskan peluru berpandu jarak jauh dipercayai peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mendarat di laut di antara semenanjung Korea dan Jepun.
Suk Yeol dikatakan bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada sebelah petang, semalam apabila kedua-duanya membentangkan persefahaman dan berusaha untuk mengetepikan permusuhan bertahun-tahun yang timbul daripada pendudukan Jepun pada 1910 hingga 1945 di semenanjung Korea.
Kedua-dua negara itu turut membincangkan mengenai kerjasama untuk mendapatkan rantaian bekalan.
“Terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk Korea Selatan dan Jepun untuk bekerjasama pada masa ini,” kata Suk Yeol dalam temu bual bertulis dengan media antarabangsa semalam.
ANCAMAN POLIKRISIS
Suk Yeol menggelar kedua-dua ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara ke atas mereka serta gangguan rantaian bekalan sebagai polikrisis.
Menurut penyiar Jepun, NHK, Suk Yeol mahu mengeratkan kerjasama keselamatan dengan Jepun dan kedua-dua pemimpin itu bersedia untuk mengadakan pelaksanaan dialog keselamatan dua hala yang digantung sejak 2018.
Tokyo dan Seoul juga dijangka menghidupkan semula diplomasi ulang-alik atau lawatan biasa antara pemimpin, menurut laporan harian Yomiuri yang memetik sumber kerajaan Jepun.
JEPUN BERWASPADA
Namun, Jepun dikatakan tetap berhati-hati tentang penambahbaikan dalam perhubungan kedua-dua negara berkenaan.
Seorang pegawai kerajaan Jepun yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, hubungan Jepun dengan Korea Selatan masih lagi dalam proses untuk dibentuk dan prosesnya adalah langkah demi langkah.
Dalam tinjauan pendapat oleh Gallup Korea pada Jumaat lalu, 64 peratus responden dari Korea Selatan mengatakan negara mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk memperbaiki hubungan dengan Jepun jika tiada perubahan dalam sikap negara matahari terbit itu.
Dikatakan 85 peratus responden berpendapat kerajaan Jepun sekarang tidak apologetik tentang penjajahan mereka di semenanjung Korea.
PERMOHONAN MAAF
Ketua Parti Demokrat Korea Selatan, Park Hong-keun berkata, lawatan Suk Yeol tidak seharusnya berhenti di tengah jalan dan beliau meminta Presiden Korea Selatan itu mendapatkan permohonan maaf daripada Jepun mengenai isu buruh paksa.
Hubungan antara kedua-dua negara menjadi renggang kerana isu buruh sewaktu perang dan wanita penghibur Korea yang terpaksa bekerja di rumah pelacuran zaman perang Jepun.
Seoul juga mengumumkan rancangan untuk membayar pampasan kepada bekas buruh paksa.
Di pihak Jepun, Kishida mengalu-alukan langkah pampasan buruh itu dan berharap dapat mengukuhkan hubungan menerusi lawatan Suk Yeol itu.
Kedua-dua pemimpin berkenaan dikatakan sudah bertemu pada November tahun lalu di luar sidang kemuncak ASEAN di Kemboja.
Korea Selatan dan Jepun pada masa itu bersetuju untuk bertukar maklumat risikan masa nyata mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara yang menurut pakar akan membantu kedua-dua negara menjejaki potensi ancaman dengan lebih baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
Jepun berkata, cabaran strategik yang ditimbulkan oleh China adalah yang terbesar pernah dihadapi Jepun dalam kertas strategi pertahanan yang dikeluarkan pada bulan Disember.
Tokyo bimbang bahawa pencerobohan Russia ke atas Ukraine menjadi contoh yang akan menggalakkan China menyerang Taiwan.
Pengawal pantai China memasuki perairan sekitar pulau kecil Laut China Timur yang dipertikaikan untuk menentang apa yang dipanggil pencerobohan kapal Jepun ke perairan wilayah China.–AFP
Korea Utara lancar peluru berpandu pada sidang kemuncak Jepun-Korea Selatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional akan hadapi Enam PRN dengan berstatus “Kleptokrat” dan “Penyamun”.
- Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :