Janna Nick Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Daripada Sekolah
Tak Perlu Status Dato Untuk Kenal
Janna Nick Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Daripada Sekolah
Umum mengetahui bahawa sahabat yang baik umpama lilin, sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun awas, berhati-hati dalam memilih kawan, jika tersalah pilih buruk padahnya.
Hal yang demikian kerana rakan yang baik dikatakan akan cenderung membawa ke syurga, sebaliknya yang kurang baik akan membawa ke dunia kehancuran.
Meniti kehidupan sebagai manusia, Allah hadirkan dan pertemukan kita dengan seorang demi seorang. Jika zaman persekolahannya, siapa rakan baik kita, dialah segalanya yang mengetahui rahsia kita, hinggalah menempuh alam pekerjaan.
Setiap satu fasa kita akan berjumpa, bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai ragam dan sifat manusia.
Kata orang jika boleh ‘ngam’ serta dikatakan satu kepala maka akan berlanjutan ikatan persahabatan itu. Namun setiap perkenalan itu dikatakan tidak mudah bagi semua individu.
Ada yang memilih untuk tidak meluahkan segalanya kepada mereka yang mungkin dirasakan tidak selesa untuk mengetahui segala-galanya serta memilih individu yang dikenali lebih lama berbanding orang baharu dalam hidup.
Berbahas soal ini, pelakon, Janna Nick turut meluahkan menerusi hantaran soal jawab di Instagram story miliknya bahawa dia lebih selesa berkawan dengan rakan yang dia kenali sejak dibangku sekolah lagi.
“Sebenarnya bukan orang biasa ke, orang terkenal ke, dato ke datin ke…tak…saya memang susah sikit nak open up dengan orang…” – jelas Janna
Aktres cantik ini juga akui sukar untuk meluahkan segala isi hatinya kepada individu yang kurang dikenalinya meskipun berada dalam industri seni tanah air yang sama. Jelasnya, dia lebih memilih untuk bercerita dengan rakan sekolahnya yang mengenalinya daripada sebelum bergelar sebagai selebriti.
“Sedangkan rakan-rakan dalam industri pun…tak ramai yang saya agak close sebab saya lebih selesa berkawan dengan orang yang saya kenal daripada zaman sekolah…yang kenal saya daripada nobody…saya selesa untuk open up 100%” – kata Janna
Tidak kurang juga dalam setiap individu yang ditakdirkan untuk bersahabat, kita mungkin bertemu dengan mereka yang mempunya perbezaan pendapat, pendirian serta sisi-sisi lain yang tidak sekufu dengan kita, namun berbaik lah sesama insan kerana hal yang demikian akan mendatangkan kebaikkan kepada diri sendiri.
Pada dasarnya manusia ini dinamik sifatnya. Banyak ragam dan karenah serta tidak sama dan mendatar sahaja. Jadi, pastinya sesuatu perkenalan itu bakal penuh warna-warni!
Janna Nick Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Daripada Sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah ‘Datuk Roy’ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
- Cubaan sentimen umpama “ICERD” – Anwar sudah hidu niat Proklamasi Mahathir
- 100 syarikat bakal gulung tikar, Sapura bakal ikut serta.
- Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim