Kemuka penyata akaun bank palsu, kontraktor didenda RM30,000

Kemuka penyata akaun bank palsu, kontraktor didenda RM30,000

Kemuka penyata akaun bank palsu, kontraktor didenda RM30,000
Abdul Jalil (kiri) selepas mengaku salah di Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas kesalahan menggunakan penyata akaun bank palsu untuk mendapatkan tender kantin, lima tahun lalu. NSTP/ Abdul Rahemang Taiming.

TAWAU: Seorang kontraktor yang juga pemilik syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan penyata akaun bank palsu lima tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Jalil Mohammad, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan alternatif terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan alternatif pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu tiga penyata akaun bank sebagai tulen yang dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna untuk mendapatkan tender menyewa dan menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Baru Semporna, pada 1 November 2017.



Bagi kesalahan itu, Abdul Jalil didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah, Norsham Saharom dalam hujahnya memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan kes berkepentingan awam.

Beliau berkata, kes berkenaan membabitkan kerja perkhidmatan kantin sekolah dan pembekalan makanan bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Perbuatan tertuduh menggunakan penyata akaun bank palsu untuk mendapatkan tender dan kerja perkhidmatan kantin sekolah adalah kes yang kerap dilaporkan berlaku, selain menafikan hak syarikat yang lebih layak dan memenuhi syarat ditetapkan.

“Jadi, pendakwaan mohon hukuman setimpal dijatuhkan kepada tertuduh supaya menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana dan sebagai pengajaran terhadap tertuduh sendiri,” katanya.



Sementara itu, Abdul Jalil yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan dia tidak lagi bekerja selain mempunyai masalah kesihatan.

“Saya sudah insaf dan kini hanya bergantung kepada isteri yang bekerja kerani sekolah serta mempunyai tanggungan dua anak masing-masing di Tingkatan Empat dan Enam, selain menjaga ibu yang uzur,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda berkenaan.

Abdul Jalil bagaimanapun membayar denda itu.



Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Kemuka penyata akaun bank palsu, kontraktor didenda RM30,000

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button