Saksi Penting Skandal 1MDB Mati Mengejut

Saksi Penting Skandal 1MDB Mati Dalam Tahanan SPRM

Saksi Penting Skandal 1MDB Mati Mengejut

Sekutu Jho Low yang juga dikatakan saksi penting untuk mengesan Jho Low, Kee Kok Thiam, mati mengejut dalam masa tidak sampai sebulan selepas ditahan SPRM.

Beliau telah ditahan oleh SPRM pada 3 Mei yang lalu dan dibawa ke pejabat SPRM pada hari yang sama untuk disoal siasat.

Kee dikatakan telah mati kerana sakit mengejut dengan punca kematian beliau tidak dapat dikenal pasti.



Sebelum ini Kee telah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa visanya.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada 3 Mei yang lalu.

Beliau kemudiannya telah ditahan oleh SPRM dan dibawa ke pejabat SPRM pada hari yang sama untuk disoal siasat.

Kee dilaporkan telah memberitahu pihak SPRM bahawa beliau telah bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain.



Ianya termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng, dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau.

Kee juga telah mendedahkan kepada SPRM bahawa Jho Low telah memberikan beliau amaran supaya tidak kembali ke Malaysia.

Kee telah dibebaskan oleh SPRM tanpa sebarang pertuduhan dikenakan ke atas beliau.

Namun sebelum ini Kee disyaki telah menggelapkan wang daripada 1MDB dan SRC International.



Ianya dilakukan melalui akaun sebuah syarikat bernama Wright Shaw Limited.

SPRM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura dilaporkan berjaya merampas akaun Wright Shaw Limited membabitkan AS$5.2 juta (RM23 juta).

Pihak PDRM digesa membuka kertas siasatan untuk menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah di atas kematian Kee.

Apa punca sebenar kematian beliau dan apakah penyakit misteri yang dikatakan membawa kepada kematian beliau.



Kemaskini berita terbaru:

Pihak PDRM mengesahkan tiada unsur jenayah pada kematian Kee dan punca kematian adalah kerana darah tinggi.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/667098



 

Saksi Penting Skandal 1MDB Mati Mengejut

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading