Bonus Miliki Rupa Paras Kacukan Melayu Dan Matsalleh, Anna Jobling Bakal Bintangi Sinetron Indonesia

Tidak kisah pernah dilabel pelakon ‘membosankan’ gara-gara bersih daripada kontroversi, Pelakon kacukan gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis, Anna Jobling, lebih selesa tidak terheret dengan kontroversi yang boleh mencalarkan nama dan reputasinya.

Bonus Miliki Rupa Paras Kacukan Melayu Dan Matsalleh, Anna Jobling Bakal Bintangi Sinetron Indonesia

Gadis yang diperkenalkan menerusi program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/19, itu tidak risau andai terpaksa mengambil masa lama untuk dikenali.

Bagaimanapun, selepas drama bersiri, Melur Untuk Firdaus yang bersiaran telah mencetuskan fenomenanya tersendiri.

Gandingan Anna Jobling dan Meerqeen sebagai peneraju utama drama ini ternyata memberi impak sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Bonus Miliki Rupa Paras Kacukan Melayu Dan Matsalleh, Anna Jobling Bakal Bintangi Sinetron Indonesia

Diadaptasi daripada novel ‘My Rude Wife’ karya Cik Nor Cinta, drama yang diarahkan oleh Zamri Zakaria ini tular sampai ke Indonesia.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Terbaharu, selepas terpaksa tolak beberapa tawaran, akhirnya impian pelakon Anna Jobling, 23, melebarkan sayap perjuangan dalam bidang lakonan ke Indonesia jadi kenyataan.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman akan berada di Bali selama sebulan bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbitan platform Over The Top (OTT), MNC TV, Indonesia, Ogos depan.

“Beberapa kali saya terpaksa menolak tawaran produksi negara sejak enam bulan lalu akibat jadual bertindih, akhirnya impian saya jadi kenyataan.

“Lebih bersyukur saya diberi peranan teraju utama. Saya gembira membintangi naskhah terbitan produksi Indonesia kerana waktu penggambaran dan watak diberikan bersesuaian.

“Saya juga tidak sabar menetap di Bali selama lebih sebulan. Ini adalah pengalaman pertama saya bekerjasama dengan produksi Indonesia.

“Pelakon kegemaran, Pevita Pearce juga seorang daripada pengarah drama ini.

“Dalam teruja ada juga takut, terutama apabila memikirkan saya harus mempersiapkan diri mendalami bahasa dan dialek Indonesia.

“Saya perlu menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Jelasnya, Anna meluahkan bahawa dirinya benar-benar menghargai peluang dan ruang diberikan syarikat produksi di Indonesia untuknya meluaskan pengaruh lakonannya.

“Saya berterima kasih kepada penggiat industri dan peminat di negara seberang yang sentiasa memberi sokongan perkembangan kerjaya saya sehingga kini.

“Bahasa dan dialek Indonesia saya sering diperbetulkan ketika berinteraksi, itu yang membantu saya lebih yakin meneruskan penggambaran drama OTT ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anna membolosi empat pencalonan awal dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 melahirkan rasa syukur kerana mendapat undian dan sokongan peminat di Indonesia.

Bonus Miliki Rupa Paras Kacukan Melayu Dan Matsalleh, Anna Jobling Bakal Bintangi Sinetron Indonesia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button