PRN: Penentu prestasi saham

PRN: Penentu prestasi saham

PRN: Penentu prestasi saham

Kuala Lumpur: Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang membabitkan enam negeri mungkin menjadi faktor penentu bagi prestasi pasaran saham tempatan.

Penganalisis RHB Research, Alexender Chia berkata, ia berikutan suara rakyat dalam keputusan pilihan raya kali ini akan menjadi ukuran sokongan popular kepada Kerajaan Perpaduan dan mempengaruhi iltizam politik yang ada untuk melaksanakan reformasi.



Menurutnya, senario kes asas pihaknya ialah ‘status quo’ politik kekal menang dengan Kerajaan Perpaduan berupaya mengekalkan pentadbirannya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, kepantasan reformasi selepas pilihan raya akan menjadi kunci utama untuk mewujudkan keyakinan pasaran mengenai cara perubahan berstruktur akan berubah kelak.

“Pasaran saham mungkin menjadi tidak menentu dalam tempoh menghampiri PRN. Kejelasan yang semakin nyata dari segi politik dan makroekonomi sejajar dengan pandangan RHB akan menjadi faktor penggalak buat pasaran saham dan meningkatkan sentimen pelabur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam PRN.

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos.



Mengulas lanjut, Chia berkata, keputusan pilihan raya negeri menjelang Ogos nanti yang dijangka memihak kepada parti politik pemerintah sekarang, bakal menyaksikan risiko politik reda dan memberikan ruang kesempatan bagi pentadbiran yang diterajui Pakatan Harapan untuk menyempurnakan agenda reformasinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?


Katanya, ahli ekonomi RHB menjangkakan makroekonomi dunia mulai pulih pada suku ketiga 2023 dan maklum munculnya tanda-tanda penurunan dalam perdagangan, pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) di kebanyakan ekonomi besar di Asia, kecuali Jepun.



Katanya, Asia ialah pusat pengeluaran perindustrian dunia, maka tanda-tanda yang dinyatakan sebelum ini sudah menunjukkan adanya pemulihan berlaku di sini, dan tanda-tanda itu akan semakin berkembang dalam masa terdekat.

“Petunjuk pertumbuhan dunia utama kami memaparkan bahawa pengeluaran perindustrian (IP) dunia sudah mula melantun dan akan semakin menguat pada beberapa bulan berikutnya.

“Kesan kemewahan daripada kenaikan berterusan dalam pasaran saham dan perumahan dunia akan memberikan kesan baik kepada perbelanjaan pengguna dalam ekonomi pasaran maju utama dan baharu muncul (EM),” katanya.

PRN: Penentu prestasi saham


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button