Warga emas ditahan pukul ibu 91 tahun

Warga emas ditahan pukul ibu 91 tahun

Warga emas ditahan pukul ibu 91 tahun
Foto hiasan

MUKAH: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana memukul ibunya berusia 91 tahun sehingga mangsa cedera di muka.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, berkata suspek berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang semalam.

Katanya penahanan suspek dibuat selepas kejadian yang berlaku di sebuah rumah panjang di kawasan Selangau itu dilaporkan di Balai Polis Selangau pada jam 11 malam, 14 Julai lalu.



“Tangkapan telah dibuat terhadap suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Rizal menambah mangsa juga telah diberi rawatan di Klinik Kesihatan Selangau dan kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, katanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video mengenai kejadian berdurasi 26 saat yang tular di Facebook, semalam yang memaparkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan.



Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan video mengenai kejadian kerana boleh mengganggu siasatan.

Warga emas ditahan pukul ibu 91 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading