Prasarana sasar tingkat pendapatan bukan tiket

Prasarana sasar tingkat pendapatan bukan tiket

Prasarana sasar tingkat pendapatan bukan tiket
Perniagaan bukan tiket menyumbang sekitar 10 peratus kepada pendapatan keseluruhan Prasarana – Foto ihsan Prasarana

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan menggiatkan lagi usaha untuk mempelbagaikan pendapatan daripada segmen perniagaan selain jualan tiket perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PIDSB), Faizah Khairuddin, berkata segmen perniagaan bukan tiket Prasarana ketika ini menyumbang sekitar 10 peratus kepada pendapatan keseluruhan kumpulan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata dalam tempoh lima tahun akan datang kumpulan menyasarkan pendapatan segmen perniagaan bukan tiket akan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus didorong perniagaan dalam peruncitan, pengiklanan dan teknologi.



Malah, katanya jika membabitkan operasi hartanah seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), sumbangan pendapatan perniagaan segmen bukan tiket dijangka boleh meningkat lagi kepada 30 peratus.

“Ini adalah perancangan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkasakan lagi segmen perniagaan bukan tiket dan membolehkan Prasarana menjana pendapatan lain yang lebih kukuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Kumpulan optimis segmen perniagaan bukan tiket akan memberi sumbangan yang memberangsangkan,” katanya dalam satu temu bual bersama BH.

Faizah berkata, PIDSB ketika ini mempunyai tujuh TOD dalam segmen hartanah serta peruncitan yang sedang disiapkan dan akan menjadi lokasi tumpuan utama kepada komuniti setempat.

Katanya, antara projek yang sudah siap untuk fasa pertama ialah Perla Ara Damansara, TOD pertama oleh Prasarana, yang terdiri daripada 648 unit bangunan kediaman.

Prasarana sasar tingkat pendapatan bukan tiket
Faizah dalam satu temu bual di Kuala Lumpur -NSTP/Asyraf Hamzah

“Terletak secara strategik di sebelah stesen LRT Ara Damansara, ia menawarkan kemudahan kepada penduduk kerana disambungkan melalui jambatan pautan ke stesen.



“Ini komposisi produk unik rumah pasaran terbuka dan konsep rumah mampu milik di dalam bangunan yang sama membolehkan penduduk menikmati kemudahan yang sama, menghasilkan 100 peratus unit yang akan dijual untuk kedua-dua segmen pasaran terbuka dan rumah mampu dimiliki,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi


TOD Prasarana adalah hasil kerjasama dengan pemaju hartanah terkemuka yang lain, dengan Prasarana menyediakan tanah, manakala pembangunan hartanah dilaksanakan oleh syarikat pemaju.



Faizah berkata, PIDSB juga mempunyai perancangan peruncitan yang akan membolehkan penumpang menikmati perkhidmatan lebih menyeluruh.

Beliau berkata, antara cadangan yang ingin dilaksanakan adalah jualan dalam tren, yang mana pengguna boleh membeli barangan keperluan asas dan produk makanan serta bahan mentah secara dalam talian dan mengambilnya di lokasi stesen terakhir penumpang.

“Ini adalah cadangan yang membolehkan pengguna dalam perjalanan pulang, boleh membeli barangan keperluan dalam talian dan mengambilnya di lokasi stesen.

“Ia sama seperti jualan di dalam pesawat, memberikan penjimatan masa serta memudahkan pengguna Prasarana,” katanya.



Prasarana sasar tingkat pendapatan bukan tiket


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading