Gajah tertua di dunia mati pada usia 89 tahun
Gajah tertua di dunia mati pada usia 89 tahun

Guwahati, India: Salah satu gajah tertua di dunia disahkan mati di ladang teh India pada usia dianggarkan 89 tahun, kata penjaganya.
Walaupun tidak dapat mengesahkan umur sebenar gajah itu, berdasarkan maklumat, ia dibawa bekerja di ladang teh oleh seorang petani British ketika pemerintahan kolonial pada 1940-an.
Penjaganya berkata, ia berumur kira-kira 89 tahun.
Digelar “Bijuli Prasad”, gajah itu diambil dari hutan dan bekerja di ladang teh di negeri timur India di daerah Sonitpur di Assam sehingga 2018.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
“Semua gigi gajah itu sudah dicabut kerana usia dan ia tidak boleh makan,” kata Sarma. “Saya menukar diet dan meminta penjaga memberinya makanan rebus – kebanyakannya nasi dan kacang soya dengan nilai protein tinggi.”
Ia telah bersara di Ladang Teh Behali di Assam, di mana ia mati pada Isnin.
Berbalut bunga, Bijuli Prasad diberikan upacara pengebumian dengan ritual Hindu yang dijalankan oleh seorang sami dan dikebumikan.
Timbalan pengurus Behali Ujjal Basnet memberitahu Times of India bahawa gajah itu telah menjadi “kebanggaan” syarikat itu.
“Ia adalah kematian yang mengejut tetapi aman,” kata Basnet.
Secara amnya, gajah Asia biasanya hidup sehingga usia pertengahan 50-an, walaupun data tepat adalah terhad, menurut Institut Biologi Pemuliharaan Smithsonian yang berpangkalan di AS.
Gajah tertua yang diketahui meninggal dunia pada usia 86 tahun di Zoo Taipei pada 2003, menurut Rekod Dunia Guinness.
Dipanggil “Lin Wang” atau “Atuk Lin”, gajah Asia itu membawa bekalan melalui Burma ketika itu untuk pasukan Jepun dalam Perang Dunia II.
Gajah tertua di dunia mati pada usia 89 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :