Mayat kru kapal jatuh laut ditemukan di perairan Pulau Tengah

Mayat kru kapal jatuh laut ditemukan di perairan Pulau Tengah

Mayat kru kapal jatuh laut ditemukan di perairan Pulau Tengah
Mayat dipercayai kru kapal Eco Galaxy yang terjatuh dalam laut pada Rabu lalu ditemui di perairan Pulau Tengah, hari ini. NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

PELABUHAN KLANG: Mayat seorang lelaki dipercayai kru kapal Eco Galaxy yang dilaporkan jatuh ke laut, Rabu lalu, ditemui di perairan Pulau Tengah dekat sini, pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali, berkata mayat lelaki dalam keadaan terapung itu ditemui bot PENGGALANG 10 yang sedang dalam OP CARILAMAT.

“Mayat kemudian dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk proses pengecaman oleh ejen kapal Eco Galaxy sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.



“Pengecaman awal oleh ejen kapal berkenaan mengesahkan mayat itu adalah Peligres Jaime Langusta, 57, yang dilaporkan jatuh laut ketika ditugaskan untuk menurunkan ‘pilot ladder’ pada 30 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan penemuan itu, OP CARILAMAT ditamatkan pada jam 1.13 petang dan Pos Hadapan CARILAMAT (PHC) di jeti Tanjung Rhu, Pulau Carey juga ditutup.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




Katanya, OP CARILAMAT yang diselaraskan oleh Maritim Malaysia pada hari ketiga dengan menggunakan tiga bot terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan turut dibantu oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Selangor.

Sebelum ini, lelaki warga Filipina itu dilaporkan jatuh di perairan Pintu Gedung ketika menurunkan ‘pilot ladder’ dan menyambut tali dari bot pilot TEGUH 8 bersama seorang lagi kru kapal.

Mohd Sharenliza berkata, selepas mangsa jatuh, kru bot Pilot Teguh 8 berusaha mencampakkan ‘lifebouy’ serta jaket keselamatan ke arah mangsa namun tiada tindak balas.

Mayat kru kapal jatuh laut ditemukan di perairan Pulau Tengah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button