Melissa Aurellia tiada kad pengenalan dapat perhatian Syed Saddiq
JPN sudah hubungi mahu bantu selesai masalah
Melissa Aurellia tiada kad pengenalan dapat perhatian Syed Saddiq

PELAKON Melissa Aurellia mendedahkan dia tidak memiliki kad pengenalan Malaysia biarpun dilahirkan di negara ini.
Melissa atau Melissa Quek Ai Ying, 21, antara faktor menyebabkan dia berada dalam situasi tersebut disebabkan masalah keluarga yang rumit selepas dia ditinggalkan oleh ibu kandungnya ketika masih kecil.
“Apa yang boleh saya beritahu, sejak kecil lagi saya ditinggalkan oleh ibu kandung. Ini mungkin antara satu sebab kenapa proses mendapatkan kad pengenalan bermasalah.

Apa yang saya faham, JPN memerlukan kehadiran kedua ibu bapa ketika memohon kad pengenalan. Masalahnya sekarang saya sendiri tidak tahu keberadaan ibu kandung saya.
“Bapa saya pula kini tidak berada dalam keadaan baik disebabkan melalui beberapa fasa pahit dalam hidup. Dia kerap berpindah-randah, sering menukar nombor telefon sehingga menyukarkan saya menghubunginya,” katanya ketika dihubungi mStar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
Dalam pada itu, Melissa berkata, sebagai jalan akhir untuk mendapatkan kad pengenalan, aktres itu cuba mendapatkan bantuah Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.
Kisahnya yang dikongsi Syed Saddiq di laman sosial miliknya juga mula menampakkan sinar apabila Melissa menerima panggilan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada pagi Sabtu untuk tindakan lanjut masalah dihadapinya.
Saya cuma ingin mendapatkan hak kerana saya memegang sijil kelahiran berwarna hijau.
MELISSA AURELLIA
PELAKON
“Saya pasti ramai lagi masyarakat yang berdepan situasi sama seperti saya… Apa boleh saya katakan, saya sudah buat pelbagai cara untuk memohon kad pengenalan Malaysia tetapi belum berhasil.
“Disebabkan itu juga saya cuba mendapatkan pertolongan Syed Saddiq, perhatian daripada individu berpengaruh.
“Pagi tadi (Sabtu) saya mendapat panggilan daripada JPN yang memberitahu akan membantu sehabis baik bagi mencari penyelesaian masalah saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor
- Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Ekstrimis Agama Meracuni Pemikiran Rakyat?
- Hadi Awang Penunggang Agama?
“JPN juga minta saya ke JPN Putrajaya pada Isnin ini untuk langkah seterusnya,” ujarnya.
Sementara itu, Melissa berkata, sebelum ini dia tidak cuba menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia menerusi saluran undang-undang kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

“Saya cuma ingin mendapatkan hak kerana saya memegang sijil kelahiran berwarna hijau dan status saya adalah warganegara Malaysia… Bapa saya sendiri merupakan warganegara ini.
“Kos melantik peguam untuk membawa kes ini ke mahkamah memeerlukan kos tinggi apatah lagi saya tiada sumber kewangan kukuh.
“Ini cara terakhir yang boleh saya buat dengan meminta bantuan dan perhatian daripada mana-mana individu berpengaruh,” jelasnya.
Melissa Aurellia tiada kad pengenalan dapat perhatian Syed SaddiqMelissa Aurellia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?