Aksi gusti dalam kereta api

Aksi gusti dalam kereta api

Aksi gusti dalam kereta api
TANGKAP layar perlawanan dua gusti profesional dalam kereta api Shinkansen. FOTO Twitter

Tokyo: Aksi perlawanan dua ahli gusti profesional dalam kereta api laju yang lebih dikenali Shinkansen di Jepun, menghiburkan penumpang.

Shinkansen adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bulllet train atau ‘kereta api peluru’.

Perlawanan gaya WWE itu dianjurkan DDT Pro-Wrestling yang berpangkalan di Tokyo di laluan kereta api yang penuh dengan 75 penumpang, lapor BBC News.



Tiket perlawanan antara Minoru Suzuki dan Sanshiro Takagi itu habis dijual dalam masa 30 minit.

Mereka melakukan aksi itu ketika kereta api laju itu bergerak dari Tokyo ke Nagoya, Isnin lalu.

Video perlawanan berkenaan kemudian tular di media sosial.

Rakaman menunjukkan Suzuki dan Takagi mempamerkan persembahan sukan luar biasa dalam kereta api yang sedang bergerak.



Mereka juga melakukan aksi seperti piledriver sambil bergelut antara satu sama lain.

Penumpang sangat terhibur dan menikmati perlawanan itu dengan ramai antara mereka dilihat merakamkan aksi itu di telefon masing-masing.

The Telegraph melaporkan, perlawanan itu berlangsung selama setengah jam.

Gusti profesional salah satu sukan paling popular di Jepun yang menyaksikan beberapa nama besar beraksi di sana, termasuk Hulk Hogan dan Kurt Angle.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sumo yang menjadi sukan tradisional di Jepun juga menarik kunjungan pelancong ke negara itu.

Sejumlah pelancong asing berpusu-pusu ke Jepun semata-mata mahu melihat perlawanan gusti cara Jepun itu.

Bulan lalu, satu persembahan dari dua pengamal sumo dianjurkan semasa makan tengah hari di sebuah restoran di Tokyo.

Penonton berpeluang merakam swafoto dengan atlet berbadan besar di samping memakai kostum sumo dan rambut palsu serta cuba ‘bertarung’ menentang ahli sukan profesional yang sudah bersara.



Aksi gusti dalam kereta api


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading