Pemandu bas sekolah ada masalah kesihatan

Pemandu bas sekolah ada masalah kesihatan

Pemandu bas sekolah ada masalah kesihatan
KEADAAN bas membawa pelajar yang terbabas dan terbalik selepas melanggar penghadang di Lebuhraya Hooton, Cheshire. FOTO Agensi

Liverpool: Pemandu bas sekolah yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Hooton, Cheshire, kira-kira 294 kilometer dari kota London, semalam dipercayai mempunyai masalah kesihatan.

Kemalangan menyebabkan pemandu terbabit, Stephen Shrimpton dan seorang pelajar, Jessica Baker, 15 maut.

Mirror UK melaporkan dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, bas yang membawa murid sekolah perempuan West Kirby Grammar School dan sekolah lelaki Calday Grange School di Merseyside dikatakan terbabas dan terbalik selepas melanggar penghadang di lebuh raya.



Bas terbabit adalah milik Carvers Coaches yang berpangkalan di Pelabuhan Ellesmere.

Dalam satu kenyataan, Ketua Superintendan Graeme Robson dari Polis Merseyside berkata, kira-kira jam 8 pagi pihaknya menerima laporan bahawa sebuah bas melanggar penghadang di laluan sekitar Simpang 5 dan terbalik.

“Seorang murid perempuan berusia 15 tahun dan pemandu bas itu maut. Bedah siasat akan dijalankan minggu depan untuk mengenal pasti punca kematian.

“Secara keseluruhan 58 orang terbabit dalam kejadian itu termasuk dua membabitkan mangsa yang mati.



“Seorang murid lelaki berusia 14 tahun mengalami kecederaan parah masih dirawat di hospital.

“Lokasi kemalangan di kedua-dua arah Simpang 5 di Pelabuhan Ellesmere dan Simpang 4 di Bebbington ditutup sementara siasatan diteruskan,” katanya.

Kemalangan itu turut tular di media sosial apabila seorang saksi dalam ciapannya memberitahu melihat ada murid yang keluar dari tingkap bas itu untuk menyelamatkan diri.

Pemandu bas sekolah ada masalah kesihatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading