Penganggur kena jel 6 bulan pukul isteri kerana tak bagi duit

Penganggur kena jel 6 bulan pukul isteri kerana tak bagi duit

Penganggur kena jel 6 bulan pukul isteri kerana tak bagi duit
R Kumaran, 32, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya di Taman Kledang Emas Ipoh, Rabu lalu. – Foto NSTP/L Manimaran

IPOH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, kelmarin.

R Kumaran, 32 dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Lelaki itu mengaku melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, R Santhini, 32, di sebuah rumah di No 17, Hala Kledang Emas 11A, Taman Kledang Emas, jam 6.45 petang, 4 Oktober lalu.



Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meminta wang kepada Santhini tetapi isterinya itu enggan, menyebabkan tertuduh menampar pipi kiri isterinya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




Santhini kemudian pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan tisu lembut pipi kiri.

Pada prosiding sama, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan gagal memberikan kad pengenalannya apabila diminta berbuat demikian oleh pegawai polis yang hadir ke rumahnya.

Berdasarkan pertuduhan kedua itu, Kumaran gagal mematuhi Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 apabila gagal memberikan kad pengenalan apabila diminta oleh pegawai polis berpangkat Inspektor pada 1.20 tengah hari 5 Oktober lalu (semalam), di alamat sama seperti pada tuduhan pertama.

Perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Bagi kesalahan pada pertuduhan kedua itu, lelaki terbabit turut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkapan Rabu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Nabilah Norzam, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Negara (YBGK), M Kanthan.

Penganggur kena jel 6 bulan pukul isteri kerana tak bagi duit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading