Sorok 4kg syabu dalam tong, pasangan warga Indonesia ditahan

Sorok 4kg syabu dalam tong, pasangan warga Indonesia ditahan

Sorok 4kg syabu dalam tong, pasangan warga Indonesia ditahan
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada pasangan suami isteri di Jeti Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, pagi Rabu. – Foto NSTP / Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Suami isteri warga Indonesia yang tiada dokumen pengenalan diri ditahan selepas dikesan cuba menyeludup empat kilogram dadah jenis syabu yang disorok dalam tong plastik.

Dalam kejadian 8.50 pagi kelmarin, kedua-dua suspek berusia 22 dan 21 tahun warga Indonesia dipercayai dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman secara haram melalui Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Balai Polis Tawau dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) ketika membuat penugasan rutin di jeti berkenaan.



Menurutnya, ketika ditahan pasangan suami isteri terbabit membawa satu tong berwarna biru yang terdapat beberapa helai pakaian serta satu kotak warna hijau.

“Pemeriksaan dalam kotak tersebut kemudiannya telah menjumpai tiga bungkusan plastik warna hijau bertulis “Guanyinwang” berisi bahan hablur jernih mampat disyaki dadah jenis syabu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




“Selain itu, satu lagi kotak kecil turut ditemui mengandungi satu bungkusan plastik warna emas bertulis “Guanyinwang” berisi bahan disyaki dadah jenis yang sama (syabu),” katanya.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek sebelum ini bekerja dalam sektor perladangan di Lahad Datu selain tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, jumlah berat semua empat bungkusan syabu terbabit adalah 4091.88 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM240,000.00.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian kegiatan pengedaran atau sindiket yang terlibat.



“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1957/63,” katanya.

Sorok 4kg syabu dalam tong, pasangan warga Indonesia ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button