Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
Netizen perjelas sebab larangan
Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
PELAKON Lufya Omar meluahkan rasa kecewa apabila kesemua jemaah yang berada di Tanah Suci Makkah dilarang mengenakan pakaian berlambangkan negara Palestin.
Lufya, 38, berkata, dia tidak pasti punca larangan itu dilaksanakan namun berpendapat setiap orang berhak menunjukkan sokongan kepada Palestin.
“Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa?
Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dirinya mengenakan jubah yang memiliki warna seakan bendera Palestin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Menurut Lufya peperangan di antara Palestin dan Israel sudah hampir sebulan dan ia sepatutnya dihentikan serta-merta.
Sehubungan itu, Lufya berharap orang ramai terus mendoakan saudara Islam yang sedang berjuang ketika ini di bumi bergolak itu.
“Ini sudah memasuki 30 hari pertumpahan darah! Stop! Stop! Berhenti membunuh!
“Jom sama-sama terus doakan untuk Gaza, Allahuakbar! Doakan yang tak putus setiap sujud akhir dalam solat anda untuk Palestin.
“Semoga Allah berikan kemenangan besar buat mereka, selamatkan Palestin,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan segala isu duniawi tidak dibenarkan di Kota Suci Makkah kerana ia merupakan tempat ibadah.
Bagaimanapun, Lufya membalas dirinya bukannya membuat perarakkan di sana sebaliknya hanya menunjukkan sokongan sahaja.
“Kita bukannya bawa sepanduk bendera, menjerit-jerit buat demo. Baju saja rekaan Palestin untuk sokongan dan kasih sayang. Alasan saja semua itu,” jawabnya.
Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia