SPRM tahan eksekutif wanita disyaki terima rasuah RM45,000

SPRM tahan eksekutif wanita disyaki terima rasuah RM45,000

SPRM tahan eksekutif wanita disyaki terima rasuah RM45,000
Eksekutif wanita (tengah) yang disyaki menerima suapan RM45,000 dibawa ke mahkamah di Putrajaya hari ini. – Foto ihsan SPRM

PUTRAJAYA: Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Eksekutif wanita dalam lingkungan 20-an itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Jun dan Oktober tahun ini, kata sumber SPRM.

Menurut sumber itu, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di sini, pada jam 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.



Wanita itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Nov selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.– BERNAMA

SPRM tahan eksekutif wanita disyaki terima rasuah RM45,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading