Barcelona ungguli aksi Clasico

BARCELONA: Barcelona menang 2-1 ke atas Real Madrid dalam aksi Clasico menerusi jaringan Franck Kessie untuk melebarkan kelebihan di puncak La Liga kepada 12 mata.

Kemenangan itu membuatkan impian Real Madrid untuk mengekalkan kejuaraan semakin sukar dan Barcelona pula semakin hampir untuk menjulang trofi itu buat pertama kali sejak tahun 2019.

Real kendalian Carlo Ancelotti mendahului permainan menerusi gol sendiri Ronaldo Araujo tetapi Barcelona menyamakan kedudukan apabila Sergi Roberto menemui sasaran sebelum rehat.



Kedua-dua pasukan berpeluang memenangi aksi Clasico itu dan Marco Asensio menjaringkan gol untuk Madrid, tetapi dibatalkan VAR kerana ofsaid, sebelum Alejandro Balde mengumpan bola untuk jaringan Kessie pada minit ke-92.

“Kami bangkit daripada jaringan Marco Asensio yang kami tidak tahu ia ofsaid, dan menang menerusi jaringan Franck, ia kemenangan pada minit akhir yang indah.

“Masih ada banyak perlawanan berbaki dan anda tidak boleh mengetepikan cabaran Madrid. 12 mata belum selamat, tetapi kini ia terletak di tangan kami, dan ia sesuatu yang bagus,” kata Roberto.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button