Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan

Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan

Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan
Perdana Menteri serta pemimpin utama parti Kerajaan Perpaduan pada sidang media – Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang diumumkan secara rasmi hari ini membawa mesej kemenangan satu pasukan yang meyakinkan.

Perdana Menteri berkata, dengan keputusan ditunjukkan itu, ia sekali gus berupaya memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini.

“Kita ambil maklum perkembangan terkini. Setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan yang menunjukkan satu kemenangan pasukan yang meyakinkan dan dengan ini, ia akan memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.



UMNO mengakhiri siri pemilihan partinya hari ini, selepas 187 Bahagian UMNO di seluruh negara bersidang pada Sabtu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jawatan Naib Presiden UMNO pula disandang Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Anwar berkata, komitmen kehadiran yang ditunjukkan pimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan pada mesyuarat malam ini memberi jaminan dan bukti dokongan kuat semua kepada kerajaan.

Sementara itu, Anwar berkata, satu konvensyen akan diadakan Kerajaan Perpaduan dalam usaha memastikan adanya hala tuju pemikiran dasar yang jelas oleh kerajaan.



Anwar sifatkan Saifuddin Menteri lembab


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading