Malaysia catat 6.6 peratus peningkatan pelaburan – MIDA

Malaysia catat 6.6 peratus peningkatan pelaburan – MIDA

Malaysia catat 6.6 peratus peningkatan pelaburan - MIDA
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama dalam tempoh Januari-September 2023, meningkat 6.6 peratus daripada pelaburan RM211 bilion yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Sebanyak 3,949 projek pelaburan yang diluluskan itu bakal menyediakan 89,495 peluang pekerjaan baharu, sekali gus memperlihatkan daya tahan Malaysia di tengah-tengah ketidaktentuan operasi global yang berterusan merentasi pelbagai industri, katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 55.9 peratus, atau RM125.7 bilion, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan langsung domestik (DDI), yang melonjak 45.2 peratus tahun ke tahun, menyumbang 44.1 peratus atau RM99. 3 bilion.

Menurut MIDA, Belanda muncul sebagai sumber utama FDI, menyumbang RM35.0 bilion, manakala sumber terkenal lain termasuk Singapura (RM20.4 bilion), Amerika Syarikat (RM18.9 bilion), China (RM11.6 bilion), dan Jepun (RM11.2 bilion).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut


“Kepelbagaian dalam asas pelabur ini menonjolkan daya tarikan serantau Malaysia sebagai hab strategik, khususnya untuk rantau ASEAN,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan nilai pelaburan yang signifikan adalah Kuala Lumpur (RM48.9 bilion), Pulau Pinang (RM44.9 bilion), Selangor (RM41.6 bilion), Kedah (RM22.6 bilion) dan Johor (RM20.0 bilion).



Mengulas mengenai prestasi itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pertumbuhan dalam pelaburan yang diluluskan adalah bukti akan daya tarikan berterusan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Ia juga mencerminkan usaha kerjasama seluruh kerajaan dan negara dalam menarik, memudahkan dan mengekalkan pelaburan, sambil meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, katanya.

“Aliran masuk pelaburan dari negara-negara seperti Belanda, Singapura, Amerika Syarikat, China dan Jepun mencerminkan jenis pelaburan strategik dan berteknologi tinggi yang Malaysia sasarkan daripada pemain global.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata


“MITI dan agensinya, MIDA, akan terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi yang sangat berdaya maju dan stabil untuk menguasai lebih banyak aliran masuk secara strategik daripada pembentukan semula rantaian bekalan dalam landskap pelaburan global, selaras dengan transformasi perindustrian seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya.

MIDA berkata sehingga November 2023, terdapat sejumlah 1,428 projek dengan pelaburan dicadangkan sebanyak RM72.3 bilion dalam perancangan agensi itu.

Daripada pelaburan yang dicadangkan itu, sebanyak 1,352 projek adalah daripada sektor perkhidmatan terpilih (RM31.8 bilion), manakala 76 projek adalah daripada sektor pembuatan (RM40.5 bilion), yang kesemuanya terletak di bawah bidang kuasa MIDA.

MIDA menambah ia juga sedang giat merundingkan sejumlah RM161.6 bilion dalam pelaburan berpotensi tinggi.

 

Malaysia catat 6.6 peratus peningkatan pelaburan – MIDA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker