Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza

Bawa pulang wang tunai RM200,000

Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza

Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza
Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza.

PENYANYI Jaclyn Victor muncul sebagai juara program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus menewaskan tujuh perserta lain yang bertanding pada peringkat akhir iaitu Tomok, Azharina, Siti Nordiana, Liza Hanim, Naqiu, Hady Mirza, dan Nikky Palikat.

Jaclyn membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 selain pakej percutian ke Switzerland dan baucer dekorasi berserta sebuah trofi.



Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza
Jaclyn juga adalah juara Gegar Vaganza musim kesembilan.

Pada peringkat final itu, Jaclyn mempertaruhkan dua buah lagu iaitu When You Believe dan Sandarkan Pada Kenangan duet bersama penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah.

“Terima kasih Tuhan! Terima kasih kepada mereka yang sentiasa beri semangat kepada saya. Terima kasih kepada juri,” katanya.

Sementara itu, kesemua tujuh peserta lain yang berentap tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej percutian dan trofi.

Pada peringkat akhir itu, ASGV turut dimeriahkan dengan persembahan daripada ratu rock negara Ella dan Heal Husaini.



Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala Naqiu pula penerima Bintang Cuckoo Paling Gempak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Naqiu turut membawa pulang trofi Pemenang Pilihan Boss Susu.



ASGV dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading