Bekas Deputi Superintendan dilepas, bebas 8 pertuduhan
Bekas Deputi Superintendan dilepas, bebas 8 pertuduhan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pegawai polis kanan daripada lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pegawai berpangkat Deputi Superintendan, Mohd Ismail Syed Merah, 60, untuk menyemak satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta terhadapnya bagi semua pertuduhan.
Vazeer Alam dalam keputusan sebulat suara itu berkata, mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Sesyen Johor Bahru yang mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Ismail.
“Oleh itu, kami mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi serta mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebas dan melepaskan dia (Mohd Ismail) atas semua pertuduhan,” katanya yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.
Beliau turut mengarahkan wang RM3.35 juta yang dirampas, dilucuthakkan kepada kerajaan kerana ia adalah hasil daripada aktiviti haram, bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik
Pada 2 Disember 2022, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Mohd Ismail untuk kebenaran menyemak semula sabitannya bawah Peraturan 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 bagi mahkamah mendengar semula rayuannya.
Pada 22 Mac 2022, panel hakim Mahkamah Rayuan yang berbeza telah menolak rayuan Mohd Ismail terhadap sabitan dan hukumannya.
Namun, mahkamah menambah hukuman penjaranya daripada empat tahun kepada 10 tahun, dan memerintahkan Mohd Ismail membayar denda RM42 juta yang jika gagal menjelaskannya, dia perlu menjalani hukuman penjara 48 bulan, selepas membenarkan rayuan balas oleh pihak pendakwaan.
Mohd Ismail didakwa atas lima pertuduhan pertama menggunakan wang diperoleh daripada aktiviti menyalahi undang-undang, membabitkan RM10,143.37, RM40,000, RM6,283.09, RM993,716.91 dan RM500,000, masing-masing untuk membeli serta menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takafullife dan Pelan Takafulink yang didaftarkan bawah nama anak perempuannya.
Dia juga berdepan dua lagi pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM499,620 dan RM29,950, menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hentikan tindakan yang merosakkan nama Najib Razak
- Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah
- Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata
Mohd Ismail dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak, Johor Bahru, dan dua premis bank, iaitu RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat, Johor, antara 4 September 2014 dan 28 Disember 2015.
Mohd Ismail menghadapi pertuduhan kelapan, iaitu memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Pada 2019, Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas semua pertuduhan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun pada 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari mewakili pendakwaan.
Sementara itu ketika ditemui selepas prosiding, peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Mohd Ismail, berkata anak guamnya yang bersara pada Mei lalu, berhak mendapat pencen, gajinya sebelum ini serta elaun. – BERNAMA
Bekas Deputi Superintendan dilepas, bebas 8 pertuduhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan