Agong rasmi Program SMART SBB ala Sekinchan di Pekan

 

Oleh Pena Merah

Agong rasmi Program SMART SBB ala Sekinchan di Pekan
AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) mengawal jentera tanaman padi sambil diiringi oleh Mohamad Sabu (kanan) di Kumpulan Pengguna Air (KPA) Permatang Durian, skim Merchong di Pekan, Pahang. – UTUSAN

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan bagi daerah ini di Kumpulan Pengguna Air (KPA) Permatang Durian, skim Merchong di sini hari ini.

Berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



SMART SBB Ala Sekinchan merupakan model baharu yang menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan pengetahuan, sikap dan amalan dilancarkan pada Mei 2023.

Program ini sudah dilaksanakan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak, Kelantan dan IADA KETARA, Terengganu.

Bagi negeri ini, model baharu yang dikawalselia oleh IADA Pekan bersama sebuah syarikat peneraju diadakan di Skim Merchong di sini.

Secara keseluruhan, kawasan ini mempunyai keluasan sekitar 4,134
hektar membabitkan 1,716 pesawah.



Terdapat 10 KPA di bawah Skim Merchong dan projek ini akan memberi fokus utama kepada KPA Permatang Durian. Bagi fasa pertama pelaksanaan projek ini, ia akan 84 peserta dengan kawasan usaha seluas 168 hektar.

Secara prinsipnya, cadangan projek ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran produktiviti padi negara melalui strategi di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 dengan memberi penekanan kepada peningkatan kecekapan guna tanah dan air untuk produktiviti yang lebih tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited menyokong pelaksanaan projek ini sebagai salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan pengeluaran padi tempatan di samping menjamin pengekalan kawasan penanaman padi negara yang saban tahun menghadapi masalah pengecilan kawasan akibat daripada penukaran status guna tanah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, di negeri ini, Program SMART SBB dimulakan secara rintis pada Luar Musim. 2022 di IADA Rompin dan Pekan dengan kerjasama strategik awam-swasta iaitu Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas).



Beliau berkata, secara puratanya, hasil direkodkan melalui program ini adalah 83 peratus peningkatan iaitu daripada 2.26 tan metrik per hektar kepada 4.15 tan metrik per hektar.

“Syabas dan tahniah ingin saya ucapkan kepada 182 pesawah secara keseluruhan yang terlibat dalam mengusahakan kawasan seluas 375.11 hektar dengan projek rintis SMART SBB di Pahang ini.

“Walau apapun program dilaksanakan, ia tidak akan berjaya tanpa kesungguhan dan komitmen semua pihak yang terlibat,” katanya.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading