Geng rongak tumpas, tiga sekawan positif dadah

Geng rongak tumpas, tiga sekawan positif dadah

Geng rongak tumpas, tiga sekawan positif dadah
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh (dua dari kanan) menunjukkan barang-barang rampas selepas menahan tiga lelaki pada 31 Januari lalu. – Foto NSTP/Mohamad Fahd Rahmat

KLUANG: Polis menumpaskan kegiatan tiga sekawan dikenali sebagai Geng Rongak yang dipercayai aktif memecah masuk dan mencuri harta benda milik 10 sekolah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Mersing, sejak Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 21 dan 34 tahun ditahan polis melalui tiga serbuan di Kluang pada Selasa lalu.

Bahrin berkata, ketua geng berkenaan berusia 34 tahun mempunyai 19 rekod jenayah lampau selain pernah dikenakan hukuman buang daerah (POCA) di Pahang manakala salah seorang daripada dua suspek lain memiliki satu rekod kesalahan narkotik.



“Tangkapan ke atas suspek pertama berusia 34 tahun di sebuah pusat hiburan di bandar Kluang pukul 11 malam manakala kedua dan ketiga yang berusia 21 tahun ditahan di kediaman masing-masing pada pukul 2 pagi serta 3 petang hari yang sama.

“Hasil siasatan ke atas tiga tahanan itu, polis merampas enam buah komputer riba pelbagai jenama, dua tablet, dua telefon bimbit, satu unit walkie talkie, dua buah kotak muzik, dua keping resit penjualan komputer, sebatang pengunci L, sebatang spanar serta sebuah kereta Proton Wira.

“Semua suspek didapati positif dadah jenis methamphethamine setelah menjalani ujian saringan air kencing,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut Bahrin, dengan tangkapan itu polis percaya sudah menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah sekolah di daerah berkenaan membabitkan kerugian kira-kira RM49,794.14.



Semua suspek direman selama empat hari sehingga 3 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebat.

“Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan sekolah-sekolah yang difikirkan boleh dipecah masuk selepas mendapati pengawal keselamatan berada di pondok kawalan di hadapan sekolah.

“Mereka tidak kira sama ada menengah atau rendah asalkan boleh dimasuki dengan peralatan membuka kunci iaitu pengunci L dan spanar,” katanya.

Penghantar makanan patah tangan terlanggar gajah



Geng rongak tumpas, tiga sekawan positif dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading