Pegawai polis parah, kena 36 jahitan diserang ketika tahan suspek kes curi

Pegawai polis parah, kena 36 jahitan diserang ketika tahan suspek kes curi

Pegawai polis parah, kena 36 jahitan diserang ketika tahan suspek kes curi
Kecederaan di dada kiri (gambar kiri) dan kaki yang dialami pegawai polis selepas terkena pisau pemotong kertas yang dihayun suspek. – Foto ihsan PDRM

KULIM: Seorang pegawai dan anggota polis cedera terkena pisau pemotong kertas yang diacu seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Selasih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Ridzuan Salleh, berkata kejadian dipercayai berlaku jam 10.40 pagi ketika pegawai dan anggotanya itu hendak menahan suspek di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pada mulanya bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan memaklumkan berlaku kecurian di sebuah pasar raya.



“Sepasukan polis yang diketuai pegawai polis berkenaan selaku Pegawai Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kulim pergi ke lokasi dan mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Pasukan polis ternampak suspek berhenti di hadapan sebuah rumah di situ dan memperkenalkan diri sebagai polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




“Bagaimanapun suspek berusia 82 tahun itu mengambil sesuatu di dalam bakul motosikalnya dan terus menghayun ke arah pegawai polis berkenaan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kemudian berjaya menahan suspek bersama sebilah pisau pemotong kertas dan merampas pelbagai barangan yang dicuri di pasar raya berkenaan.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah.

“Pegawai polis terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan menerima 36 jahitan, manakala anggota dari cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim itu menerima lima jahitan akibat kecederaan di kaki kiri,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS tunggang agama, Mahathir tunggang PAS


Mohd Ridzuan berkata, kedua-dua mangsa berusia 30-an itu menerima rawatan dan ditahan di wad Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.



Katanya, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam pasar raya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai diminta untuk membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan bilik gerakan IPD Kulim di talian 04-4906222,” katanya.

Pegawai polis parah, kena 36 jahitan diserang ketika tahan suspek kes curi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading