Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan Dr Barjoyai

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan Dr Barjoyai

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan Dr Barjoyai
KERAJAAN perlu melaksanakan langkah menjimatkan perbelanjaan kerana negara perlu menanggung tambahan RM50 bilion dalam bentuk perbelanjaan pencen menjelang 2040.

PENAMATAN skim pencen bagi mengurangkan perbelanjaan besar negara, dilihat bukan jalan penyelesaian holistik, kata pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Menurutnya, matlamat utama kerajaan menjimatkan belanjawan tahunan dengan memansuhkan skim pencen itu sebenarnya belum tentu memberi jaminan penjimatan berkenaan dicapai terutama dalam jangka masa pendek.

Katanya, bagi jangka masa pendek, pasti kerajaan menambah perbelanjaan kerana perlu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



“Mulai 1 Februari, kerajaan perlu membayar 13 peratus syer majikan untuk setiap kakitangan yang mula berkhidmat dan 11 peratus pula ditolak daripada gaji kakitangan, skim ini sama dengan persaraan swasta.

“Jika andaian kerajaan dapat menjimatkan RM35 bilion apabila skim pencen ditamatkan, sebenarnya tidak. Tetapi, untuk tempoh 40 tahun (jangka panjang), baru nampak kesan penjimatan terbabit,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis




Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu melaksanakan langkah menjimatkan perbelanjaan kerana jika tidak bertindak cepat, negara perlu menanggung tambahan RM50 bilion dalam bentuk perbelanjaan pencen menjelang 2040.

Justeru katanya, pelaksanaan tindakan konkrit perlu diambil untuk menyediakan pesara ini dengan sumber kewangan seperti mewujudkan tabung pencen yang mana negara memiliki Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

“Kerajaan perlu labur anggaran RM15 bilion setiap tahun dalam KWAP dan wang itu nanti dilaburkan melalui skim pelaburan di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), atau dana yang boleh mewujudkan pendapatan dan hasil pendapatan ini yang digunakan untuk membayar pencen,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tikurang setuju cadangan menamatkan skim pencen kerana ia seperti memberi harapan ‘kosong’ kepada kerajaan bagi menjimatkan wang.



Selain itu katanya, ia pasti ia menurunkan motivasi pekerja kerajaan yang berkhidmat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir




“Golongan profesional seperti doktor lebih memilih berkhidmat di sektor kerajaan kerana faedah pencen.

“Jika ia dimansuhkan memberi kesan kerana menjejaskan produktiviti negara, malah solusi itu tidak mengurangkan perbelanjaan, bahkan menurunkan motivasi, prestasi dan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Namun begitu, Barjoyai berpendapat, bagi kakitangan berumur 25 hingga 30 tahun, skim pencen KWSP ‘lebih berbaloi’.

“(Ini) kerana ramai yang cukup disiplin tidak mengeluarkan wang dan apabila bersara, baki simpanan mencecah RM1.5 juta (setiap bulan boleh mengeluarkan RM7,500).



“Jumlah itu sebenarnya lebih banyak diterima daripada skim pencen kerajaan,” katanya.

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan Dr Barjoyai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading