Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang

Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang

Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang

 

Penghujung tahun lepas, wakil dari Perikatan Nasional memutuskan tidak akan meneruskan rundingan dengan kerajaan mengenai peruntukan kepada ahli parlimen mereka.

Menurut ketua perunding Perikatan Nasional, Takiyudin Hassan, keputusan tersebut diambil kerana ianya merupakah manifesto Pakatan Harapan.



“Peruntukan ini adalah janji dalam buku manifesto mereka iaitu memberikan peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.”

“Tetapi perdana menteri pusing, dia kata tak bermakna tak beri (beri projek di parlimen tertentu) itu bukan isunya.”

“Isunya sekarang, peruntukan perlu diberikan kepada ahli parlimen macam kerajaan.”

“Sebelum ini seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis diberikan peruntukan sama rata tidak kira pembangkang atau kerajaan,” dakwa Takiyuddin.



Pada pandangan penulis, kerajaan tidak ada masalah untuk berikan peruntukan kepada ahli parlimen Perikatan Nasional sekiranya mereka benar-benar bersih dan stabil.

Tetapi apa yang berlaku adalah, rakyat dihidangkan dengan pelbagai kes penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin Perikatan Nasional selepas mereka tumbang.

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin sedang bergelut dengan kes AMLA.

Manakala menantu Muhyiddin pula sanggup tinggalkan anak isteri kerana takut berhadapan dengan perbicaraan mahkamah.



Anak Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin, pula berhadapan dengan kes penyelewengan subsidi minyak masak.

Wan Saiful juga belum dapat menarik nafas lega selepas kes rasuah dan salah guna kuasa bermula di mahkamah.

Malah, presiden PAS, Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan kes merasuah pengundi ketika kempen PRU 15.

Mas Ermieyati juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama.



Mereka bernasib baik kerana saksi utama tidak dapat dikesan, jadi keputusan mahkamah menyebelahi mereka.

Terkini, kes penyelewengan dan salah guna kuasa anak kepada Menteri Besar Perlis yang melibatkan dana pejabat Menteri Besar Perlis.

Jadi, dah dapat hadamkan ker belum, kenapa kerajaan keberatan memberikan peruntukan kepada mereka?

Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang



 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading