BYD Seal pada harga bermula RM179,800

BYD Seal pada harga bermula RM179,800

BYD Seal pada harga bermula RM179,800
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Liu Xueliang (dua dari kanan) dan Jeffri Salim (tiga dari kiri) melancarkan model sedan elektrik BYD Seal bersama Sime Darby Motor di Raintree TRX Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur: Sime Darby Motors sebagai pengedar utama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, melancarkan model sedan sport Seal ke dalam pasaran tempatan.

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, ini adalah model ketiga dilancarkan selepas Atto 3 dan Dolphin, yang merancakkan pasaran EV di Malaysia.

“Ada pelbagai perancangan kami untuk jenama ini dan bakal memperkenalkan beberapa lagi model baharu pada masa hadapan,” katanya ketika pelancaran model model sedan sport Seal di sini, hari ini,



Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson.

BYD Seal dibangunkan menerusi e-platform 3.0 untuk keselamatan dan prestasi yang dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) inovatif, untuk rekaan bilah bateri yang bersepadu untuk kestabilan pada kenderaan.

Sistem enjin pacuan kuasa elektriknya adalah lapan dalam satu, yang dikeluarkan secara besar-besaran yang pertama dunia.



Ia bagi mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga, dan sistem pam yang meningkatkan kecekapan haba dan mengurangkan kehilangan tenaga pada pelbagai julat suhu.

BYD Seal turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini, selain rekaan kabin selesa dengan ruang but 400 liter, skrin sesentuh berputar 15.6 inci, rekaan luaran konsep X dan rim aloi 19 inci.

Ia ditawarkan menerusi dua varian iaitu Premium dan Peformance dengan kapasiti bateri 230 kilowatt (kw) dan 390kw dengan jarak capaian sehingga 650 kilometer (km) dan 580km.

Untuk pasaran Malaysia BYD Seal dijual pada harga RM179,800 dan RM199,800.



BYD Seal pada harga bermula RM179,800

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS





DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading