Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa

Tak Benar Peminat Tinggalkan Komen Tanya Dirinya Sakit

Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa

Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa

Penyanyi Dayang Nurfaizah menegaskan bahawa spekulasi mengenai penurunan berat badannya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan. Meskipun ada yang mengatakan bahawa bentuk tubuhnya semakin kurus, Dayang menyatakan bahawa dia dalam keadaan sihat dan berat badannya masih dalam kategori ideal.

Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa



“Kepada peminat Dayang, kalau betul sayangkan Dayang janganlah tulis komen tanya Dayang sakitkah?

“Bila perkataan (sakit) itu selalu disebut takut nanti jadi doa. Saya Alhamdulillah sihat walafiat.

“Cuma, saya kurus sebab nak cantik dan gembira dengan penampilan diri. Berat badan saya sekarang 46 kilogram dan masih dalam kategori ideal.

“Saya sering buat pemeriksaan kesihatan dan setakat ini, keadaan saya baik-baik sahaja,” katanya.



Bagi mencapai tubuh badan yang diimpikan, penyanyi Separuh Matiku Bercinta itu mendedahkan bahawa dia mengamalkan diet, tetapi tidak berlebihan.

Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa

 

“Biasanya ketika ada konsert besar, baru saya menjaga pemakanan dan bersenam. Selepas konsert, saya makan seperti biasa. Saya jenis makan dalam kuantiti yang sedikit, sama seperti ibu dan kakak saya,” ujarnya.



Sementara itu, mengenai spekulasi prestasi vokalnya yang dikatakan kurang memuaskan, Dayang menyatakan bahawa hal tersebut adalah perkara biasa dalam dunia seni.

Tak Benar Peminat Tinggalkan Komen Tanya Dirinya Sakit,oa

“Saya tidak mengalami masalah suara, tetapi vokal adalah otot. Ada hari-hari di mana ia tidak berfungsi dengan baik. Jika kita menggunakan vokal terlalu berlebihan, ia akan memberi kesan. Tetapi jika itu terjadi, saya akan mendapatkan pemeriksaan doktor. Saya manusia biasa walaupun sudah lama menyanyi, dan ada masa di mana prestasi vokal saya berubah-ubah. Ini adalah perkara biasa bagi penyanyi,” jelasnya.

Penyanyi asal Kuching, Sarawak itu juga memberi respons terhadap kebimbangan netizen mengenai prestasinya di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38).



Ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa vokalnya berpotensi untuk terjejas jika tidak mendapat pemeriksaan awal.

Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading