Buka peluang pasaran baharu

Buka peluang pasaran baharu

Buka peluang pasaran baharu
RASTAM (dua dari kiri) bersama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) melancarkan label baharu minyak masak Saji dengan logo MSPO di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Kuala Lumpur: Usaha mempromosikan logo Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada label minyak masak jenama Saji, keluaran FGV Holdings Berhad (FGV) dijangka akan membuka peluang pasaran baharu yang berpotensi besar di dalam dan luar negara.

Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, minyak masak Saji mula diperkenalkan di pasaran pada 2000 dan kini pihaknya bekerjasama dengan MSPO dalam menjadi antara syarikat terawal yang menggunakan logo pensijilan MSPO pada label minyak masak Saji.

“Kami yakin usaha ini akan membuka peluang pasaran baharu di dalam dan luar negara termasuk peningkatan keyakinan pengguna.



“Usaha ini selaras dengan komitmen kami dalam memastikan amalan kelestarian diterapkan di setiap sudut operasi kumpulan bagi menjana nilai dan membawa keuntungan bagi semua pihak berkepentingan kami.

Pada 2023, jenama Saji sudah menerajui pasaran minyak masak tempatan sebanyak 45 peratus dan dinobatkan sebagai ‘Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022’ oleh Kantar Worldpanel.

Ia susulan kejayaan jenama ini meraih peningkatan ketara dari segi bilangan pembeli di Malaysia sebanyak 5.4 peratus atau 400,000 pembeli baharu.

Minyak masak Saji dan produk berasaskan sawit keluaran FGV yang lain turut dieksport ke beberapa negara seperti Myanmar, Afghanistan, Barbados, Kemboja, Chile, Djibouti, Kazakhstan, Lebanon, Nigeria, Senegal, Thailand dan Togo, dengan jumlah eksport sebanyak 84,000 tan metrik, nilai RM376 juta pada tahun lalu.

Pencapaian ini mencerminkan reputasi dan imej positif sebagai pengeksport minyak sawit Malaysia.



Sebagai salah satu pemain industri makanan negara, FGV menyokong agenda nasional dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan semua ladang, kilang sawit dan unit hiliran di bawah FGV, mendapat pensijilan MSPO.

Buka peluang pasaran baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button