Isu Kalimah Allah: Bolehkah Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Mahkamah Persekutuan?

Isu Kalimah Allah: Bolehkah Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Mahkamah Persekutuan?

Isu Kalimah Allah: Bolehkah Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Mahkamah Persekutuan?

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain tidak sepatutnya timbul kembali.

Ini adalah kerana isu tersebut telah pun dimuktamadkan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan.



Berikut penulis catatkan kronologi kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur berkenaan isu penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat.

2007

Kementerian Dalam Negeri memberikan 3 surat amaran kepada The Herald kerana menggunakan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat dalam risalah terbitan mereka.

Surat amaran pertama diberikan pada 10 Mac 2007, surat amaran kedua diberikan pada 16 Mac 2007 dan surat amaran ketiga diberikan pada 1 Julai 2007.

22 Disember 2007, Murphy Pakiam, memfailkan di mahkamah memohon agar Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah memberi kebenaran menggunakan 4 kalimah tersebut.



2009

31 Disember 2009, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan, membuat keputusan penggunaan 4 kalimah tersebut oleh bukan Islam tidak bertentangan dengan perlembagaan.

2010

Menteri Dalam Negeri telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009.

2013

Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan terdapat kekhilafan hakim Mahkamah Tinggi dalam membuat keputusan.

Baca di sini:



Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Mahkamah Rayuan)

Pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur telah memfailkan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

2014

Pada 23 Jun 2014, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Baca di sini:



Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Mahkamah Persekutuan)

Persoalannya sekarang:

  • Dalam kes yang difailkan oleh Jill Ireland Lawrence Bill, apa rasionalnya kerajaan menarik balik rayuan kes tersebut?
  • Mengapakah Mahkamah Tinggi tidak menjadikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebagai rujukan?
  • Apakah Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Menteri Undang Undang dan Reformasi Institusi memaklumkan isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet pada hari Rabu (semalam).

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/665344

Manakala Anwar Ibrahim pula menyatakan, keputusan mahkamah itu hanya terpakai di Sarawak sahaja.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/665351



Kerajaan mesti menangani isu tersebut dengan berhati-hati kerana ianya bersangkutan sensitiviti masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Penjelasan yang jelas dan tuntas mesti diberikan segera sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Sementara itu, semua pihak mesti bertenang supaya keamanan dan kestabilan negara akan dapat terus dikekalkan.

Membawa isu tersebut ke jalanraya bukanlah satu tindakan yang bijak dan patut dielakkan.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2023/05/15/kalimah-allah-beri-penjelasan-atau-kami-turun-ke-jalan-akmal/

Bertindaklah dengan bijak.

 

Isu Kalimah Allah: Bolehkah Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Mahkamah Persekutuan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading