PRN: Penentu prestasi saham
PRN: Penentu prestasi saham
Kuala Lumpur: Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang membabitkan enam negeri mungkin menjadi faktor penentu bagi prestasi pasaran saham tempatan.
Penganalisis RHB Research, Alexender Chia berkata, ia berikutan suara rakyat dalam keputusan pilihan raya kali ini akan menjadi ukuran sokongan popular kepada Kerajaan Perpaduan dan mempengaruhi iltizam politik yang ada untuk melaksanakan reformasi.
Katanya, kepantasan reformasi selepas pilihan raya akan menjadi kunci utama untuk mewujudkan keyakinan pasaran mengenai cara perubahan berstruktur akan berubah kelak.
“Pasaran saham mungkin menjadi tidak menentu dalam tempoh menghampiri PRN. Kejelasan yang semakin nyata dari segi politik dan makroekonomi sejajar dengan pandangan RHB akan menjadi faktor penggalak buat pasaran saham dan meningkatkan sentimen pelabur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
- Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?
- Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi
“Aspek asas yang kukuh menjadi pertimbangan pelaburan yang penting dan kelemahan pasaran seharusnya dilihat sebagai pintu peluang untuk melabur supaya dapat membina kedudukan saham bagi memanfaatkan keadaan Bursa Malaysia yang ketinggalan di belakang,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos.
Mengulas lanjut, Chia berkata, keputusan pilihan raya negeri menjelang Ogos nanti yang dijangka memihak kepada parti politik pemerintah sekarang, bakal menyaksikan risiko politik reda dan memberikan ruang kesempatan bagi pentadbiran yang diterajui Pakatan Harapan untuk menyempurnakan agenda reformasinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ramai tidak percaya pelaburan RM500 juta seperti dikatakan Mahathir.
- Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung
- Media cuba apikan dan ambil kesempatan terhadap penyokong Najib dengan laporan persepsi
Katanya, ahli ekonomi RHB menjangkakan makroekonomi dunia mulai pulih pada suku ketiga 2023 dan maklum munculnya tanda-tanda penurunan dalam perdagangan, pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) di kebanyakan ekonomi besar di Asia, kecuali Jepun.
Katanya, Asia ialah pusat pengeluaran perindustrian dunia, maka tanda-tanda yang dinyatakan sebelum ini sudah menunjukkan adanya pemulihan berlaku di sini, dan tanda-tanda itu akan semakin berkembang dalam masa terdekat.
“Petunjuk pertumbuhan dunia utama kami memaparkan bahawa pengeluaran perindustrian (IP) dunia sudah mula melantun dan akan semakin menguat pada beberapa bulan berikutnya.
“Kesan kemewahan daripada kenaikan berterusan dalam pasaran saham dan perumahan dunia akan memberikan kesan baik kepada perbelanjaan pengguna dalam ekonomi pasaran maju utama dan baharu muncul (EM),” katanya.
PRN: Penentu prestasi saham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
- Sanusi bermain isu naratif Mahathir?
- Hina Agong, Sanusi ‘kebal’ sebab belajar ‘ilmu kunci sendi’?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi