Felix bikin Atletico tanggung malu
Felix bikin Atletico tanggung malu
BARCELONA – Bintang pinjaman Barcelona, Joao Felix menambah derita Atletico Madrid apabila meledak gol kemenangan 1-0 untuk menewaskan bekas kelabnya itu dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada saingan La Liga di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.
Sebelum perlawanan bermula, Felix, 24, dikritik hebat oleh beberapa pemain Atletico disebabkan kenyataannya tidak gembira bermain corak taktikal bertahan yang diterapkan ketua jurulatih kelab itu, Diego Simeone.
Bagaimanapun, pengendali Barcelona, Xavi Hernandez tampil mempertahankan Felix apabila mendedahkan pemain sayap Portugal itu sudah kembali menikmati permainan terbaiknya sejak dipinjamkan ke Camp Nou sehingga akhir musim ini.
“Felix memberitahu motivasinya begitu tinggi untuk menghadapi perlawanan ini. Dia kekal tenang dan menganggap aksi ini sama seperti perlawanan-perlawanan lain.
“Dia mahu membuktikan sesuatu dalam perlawanan ini sama ada menjaringkan gol atau membantu mencipta gerakan jaringan. Saya amat gembira kerana dia berjaya memenanginya buat kami,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional
- Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
Felix meledak gol tunggal perlawanan selepas melakukan percubaan lambung menarik hasil hantaran daripada Raphinha untuk menewaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak pada minit ke-28.
Kemenangan itu membolehkan The Catalans memintas Atletico untuk berada di tangga ketiga dengan 34 mata dan hanya ketinggalan empat mata di belakang pasukan tangga teratas, Real Madrid dan Girona di tempat kedua.
Juara Sepanyol itu berpeluang merapatkan jurang kepada satu mata jika berjaya menewaskan Girona dalam perlawanan La Liga seterusnya di Camp Nou pada 11 Disember ini. – AGENSI
Felix bikin Atletico tanggung malu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO
- Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob
- Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :