Bantu peniaga PMKS
Bantu peniaga PMKS
PENERIMA eBeliaRahmah tidak layak untuk menerima kredit e-dompet eMADANI memandangkan mereka sudah mendapat manfaat daripada kredit eBeliaRahmah, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memohon kredit e-dompet eMADANI RM100 melihat terlebih dulu syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum memohonnya.
Katanya, syarat kelayakan memohon kredit e-dompet eMADANI itu ialah warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan dan pendapatan itu adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
“Contoh mereka yang memohon, tetapi tidak dapat ialah pelajar universiti kerana baru-baru ini dia (pelajar) sudah menerima eBeliaRahmah RM200.
“Justeru, dia (pelajar universiti) tidak layak menerima kredit e-dompet eMADANI,” katanya ketika ditemui di Program Walkabout eMADANI bersama Kementerian Kewangan di sini, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu
- Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel
- Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?
Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan orang ramai yang gagal untuk membuat permohonan kredit e-dompet eMADANI.
Ahmad mengakui pada hari pertama pendaftaran dibuka sememangnya ada sedikit masalah namun dengan memasuki hari ketiga, masalah teknikal sudah diatasi.
Beliau berkata, bagi mereka yang layak, tetapi mengalami masalah dan tidak dapat boleh membuat rayuan dengan menghubungi talian hotline 88824565 atau emel ke [email protected].
Mengenai rungutan penggunaan kredit RM100 eMADANI terhad kepada transaksi tertentu, Ahmad menjelaskan, objektif kredit e-dompet eMADANI dilaksanakan ialah untuk membantu perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan merancakkan ekonomi setempat.
Justeru, beliau berkata, penggunaan kredit e-dompet itu untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terbabit iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8 pagi pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO
- Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob
- Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
Penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit hanya boleh dibelanjakan secara fizikal saja sehingga 29 Februari 2024.
Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan menerusi peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terbabit dalam program itu, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.
Kredit RM100 eMADANI boleh digunakan untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan kecuali untuk pemindahan peer-to-peer, penebusan tunai, bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet, bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet, bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet, pembelian permainan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet, bayaran tempat letak kereta dan/atau tol, aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet dan transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Bantu peniaga PMKS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?