FGV komited pastikan WRO ditarik balik
FGV komited pastikan WRO ditarik balik
Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV) komited melaksanakan usaha untuk memastikan perintah pelepasan tahan (WRO) yang dikenakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) ke atas minyak sawit dan produk sawit keluaran FGV dan anak syarikatnya pada 30 September 2020, ditarik balik.
Ketua Pegawai Kelestariannya, Nurul Hasanah Ahamed Hassain Malim berkata sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, FGV telah melantik perunding bebas, Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA), untuk menjalankan penilaian bebas ke atas FGV terhadap pematuhan 11 Petunjuk Buruh Paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Sebelum ini, LRQA dikenali sebagai ELEVATE Ltd.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini, Nurul Hasanah berkata syarikat perladangan itu telah melaksanakan pelan pemulihan bagi mengurangkan risiko buruh paksa dalam operasi syarikat.
Ini termasuk peruntukan sebanyak RM605 juta untuk pembinaan perumahan baru bagi pekerja dan menambah baik keadaan perumahan pekerja, katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula
- Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?
Selain itu, katanya, FGV juga telah memperkukuh lagi prosedur saringan agensi pengambilan pekerja migran bagi memastikan hanya agensi yang beretika dan mematuhi garis panduan syarikat itu akan dilantik.
“Selaras dengan komitmen FGV kepada prinsip ‘tiada yuran pengambilan pekerja’, FGV juga telah membayar balik sejumlah RM72.2 juta kepada hampir 20,153 pekerja migrannya dan RM1.77 juta kepada seramai 415 bekas pekerja migran FGV setakat ini,” katanya.
Nurul Hasanah berkata program bayaran balik kepada bekas pekerja migran syarikat itu akan dijalankan sehingga akhir tahun 2024 dan kini, LRQA sedang menjalankan penilaian susulan ke atas operasi FGV selepas pelaksanaan pelan pemulihan tersebut.
“Hasil penilaian itu amat penting bagi menggambarkan pematuhan FGV terhadap piawaian perburuhan dan ia akan disertakan bersama petisyen FGV kepada pihak CBP dalam usaha untuk menarik balik WRO yang telah dikenakan ke atas produk FGV,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971
- Adilkah UMNO Di Label Parti Pelampau Bila Bersetuju Dengan Gerakan Memboikot KK Mart?
Menurutnya, FGV merancang untuk menyerahkan petisyennya kepada pihak CBP AS pada akhir Jun 2024 untuk memohon penarikan balik WRO tersebut.
Berdasarkan pengalaman syarikat lain yang dikenakan WRO, beliau berkata CBP akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan untuk menyemak dokumen, petisyen dan juga membuat keputusan tentang penarikan balik WRO.
FGV kekal optimis WRO terhadap produk FGV akan ditarik balik dan berharap agar proses penarikan balik itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, katanya.
“Kami di FGV sentiasa komited terhadap agenda menghormati hak asasi manusia dan kelestarian secara keseluruhan bagi menyumbang kepada masa depan yang mampan dan lebih makmur untuk generasi akan datang, selaras dengan rangka kerja kelestarian syarikat,” kata Nurul Hasanah.
FGV komited pastikan WRO ditarik balik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.