Resepi Acar rampai kenduri kahwin
Resepi Acar rampai kenduri kahwin
5 biji timun muda potong memanjang, bahagian tengah dia xpayah ambik
lobak merah 2 biji
Rendam dengan 2 sudu kapur makan 30-40minit sebelum masak untuk bagi rangup, kemudian bilas dan toskan..
SAMBAL ACAR
Panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2) 10 biji bawang ros..
Tumis sekejap kemudian masukan 2biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar,3 sudu biji sawi tumis sampai wangi..
Kemudian masukan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit..
Masukan air dan tumis sampai pecah minyak..
Kemudian masukan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sos tiram sikit, sos cili sikit..
Masukan gula dan perasa (acar ni kena manis2 masam) ..masak sampai agak pekat dan tutup api..
Bila dan suam baru masukan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk.
Resepi Acar Rampai
Resepi Acar rampai kenduri kahwin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula