Raja Charles III mempunyai pandangan terbuka mengenai Islam
Raja Charles III mempunyai pandangan terbuka mengenai Islam
LONDON: Raja Britain yang baharu, Raja Charles III sebelum ini pernah beberapa kali menjadi perhatian dunia berhubung kenyataannya mengenai agama Islam, politik dan perubahan iklim.
Menerusi beberapa majlis dan program, Charles pernah secara terbuka menzahirkan pandangan positifnya terhadap agama Islam.
Penulis Robert Jobson melalui bukunya ‘Charles At Seventy: Thoughts, Hopes and Dreams’ memaklumkan, Raja Britain itu cuba memahami Islam menerusi kitab suci al-Quran, selain sering mengutus surat kepada pemimpin Islam di negara Arab.
Dalam ucapan di Pusat Pengajian Islam Oxford pada 2010, Charles berdasarkan pemahamannya mengenai Islam dan al-Quran, baginda mengaitkan tanggungjawab masyarakat Islam dalam menjaga alam sekitar.
“Sekiranya pemahaman saya mengenai al-Quran adalah betul, umat Islam juga diminta supaya tidak menjejaskan alam sekitar sewenang-wenangnya. Masih ada had yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelestarian alam terjaga.
“Kita berkongsi planet ini dengan pelbagai masyarakat lain di seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua, termasuk umat Islam untuk menjaganya bersama-sama,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat tahunan Parti Makkal Sakti ke14 rayu Perdana Menteri bubar Parlimen.
- Najib dikejarkan ke Hospital, siapa arah tukar ubat?
- Debat Azalina-Izzah bakal cetus fenomena baru
Semasa mengunjungi Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir pada 2006, Charles turut mengkritik penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Denmark.
Baginda menyifatkan perbuatan itu sebagai mencabuli hak kebebasan agama lain.
“Tanda paling jelas bagi setiap masyarakat yang bertamadun adalah menghormati semua agama serta etnik minoriti.
“Penerbitan karikatur itu jelas menghina agama lain dan ia berpunca daripada kegagalan sesetengah pihak untuk memahami kehidupan masyarakat lain,” tegasnya.
Pada April lalu, ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan, Charles mengingatkan masyarakat di Britain supaya bersama-sama menghayati semangat bulan suci itu.
Katanya, Ramadan bukan sahaja menjadi bulan untuk melakukan amal jariah, tetapi juga menjadi bulan perpaduan untuk semua lapisan masyarakat.
Selain itu, baginda juga sering mengingatkan Islam tidak perlu dilihat atau dilabel sebagai kumpulan pelampau.
Katanya, tiada agama di dunia ini yang mengajar keburukan, melainkan penganutnya yang tidak memahami atau menerima ajaran dengan hati terbuka.
Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta
Raja Charles III mempunyai pandangan terbuka mengenai Islam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO
- Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib
-
Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Agak Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :