Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.
Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu ‘menunggu gaji’ bak kata orang 🙂 Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gula. Garam pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.
Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis
- 1 mangkuk kecil minyak
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 7-8 biji cili padi, hiris nipis
- sedikit kicap manis
- limau nipis
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak.
- Bersihkan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis, tinggalkan dalam anggaran 3-4 sudu.
- Tumis cili kisar sehingga masak garing dan pecah minyak.
- Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga sedikit layu. Masukkan ikan bilis dan sedikit kicap manis.
- Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan limau nipis.
Tip:
- Jangan masukkan kicap banyak dan berkuah sangat kerana nanti ikan bilis cepat jadi lembik, memadai cukup sekadar kicap menyaluti ikan bilis dan sedikit sahaja kuahnhya.
- Kalau anda suka lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
- Bawang besar tak perlu dikacau lama sangat supaya rasanya sedikit rangup bila dimakan nanti.
Resepi – Kari ikan bilis istimewa
Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :