Resepi Sambal Bilis Rangup
Hi Semua, memandangkan tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan dan semua umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat untuk kita buat persiapan pada waktu sahur atau berbuka puasa. Kos pun murah saja, dan cara masak pun mudah sangat. Ada 2 resepi dalam video ni, pertama sambal bilis rangup sesuai di makan dengan nasi atau dengan roti pun boleh. Kalau untuk sambal bilis hijau tu boleh makan terus dgn nasi panas atau pun sesuai kalau nak masak nasi goreng express, rasa pun sedap. Kedua-dua jenis sambal ni memang tahan lama kalau disimpan dan ikan bilis tu kekal rangupnya walaupun disimpan lama.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk sambal bilis rangup/garing:
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 20-25 tangkai cili kering
- 500g ikan bilis
- 1-2 sudu besar gula
- ½-1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk sambal bilis rangup:
- Gaul hirisan bawang merah dengan sedikit garam dan goreng sehingga perang dan garing.
- Goreng cili kering sehingga kelihatan keras dan gelap.
- Goreng ikan bilis sehingga keperangan dan garing.
- Kisar kasar cili kering, sedikit ikan bilis yang telah digoreng, gula, serbuk lada sulah, sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
- Tambah sedikit gula
- Campur serta gaul sekata bahan kisar kasar dan bawang goreng dengan ikan bilis goreng.
- Kemudian, ikan bilis rangup siap untuk dihidang.
Tip:
- Sebelum mula menggoreng cili kering, tutup api bagi menggelakkan minyak meletup dan lebih terkawal semasa memasukkan cili kering. Kemudian, buka api semula jika sudah memasukkan semua cili kering dan kurang bunyi letupan minyak.
- Pastikan minyak gorengan bagi ikan bilis sebelum dimasukkan betul-betul panas dan perlahankan api selepas ikan bilis sudah dimasukkan supaya ikan bilis menjadi lebih garing,
Resepi Sambal Bilis Rangup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.