Maggi Goreng Sambal Penyet
Seperti yang dijanjikan, selepas Che Nom berkongsi video cara untuk sediakan Sambal Penyet yg boleh disimpan sebagai stok di dapur, kita tengok pula cara untuk masak maggi goreng Sambal Penyet. Penyediannya sangat mudah dan cepat kerana kita dah masak sambal terlebih dahulu.
Sebungkus maggi kari, Che Nom goreng bersama dengan bahan tumisan dan sayur mengikut apa sahaja bahan yang ada kat dapur. Kemudian hidang pula dengan telur goreng makcik kantin yang masih gedik-gedik lagi telur kuning nya dan rangup di tepi.
Kombinasi yang sangat ringkas, tapi dari segi rasa cukup padu. ‘Another level’ lah boleh katakan.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk Maggi sambal penyet:
- 2 ulas bawang putih
- Daun sawi
- 1/2 biji tomato
- 2 biji telur
- 1/2 biji bawang besar
- 1 sb sambal nyet
- 1/2 peket perencah maggi
- 1/2 sb sos cili
- 1/2 sb kicap manis
- 1 paket maggi
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk Maggi sambal penyet:
- Cincang kasar bawang putih, (kalau ada bawang besar atau bawang merah kecil boleh campur sikit).
- Daun sawi basuh bersih kemudian asingkan batang dan daun. Potong kasar daun sawi. Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong (supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan).
- Potong kasar tomato.
- Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah masak angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar sampai bawang layu kemudian masukkan bawang putih cincang. Kacau sampai bawang putih garing.
- Masukkan batang sawi dan tomato kemudian masak sampai sayur layu.
- Masukkan sambal penyet dan perencah maggi. Kacau sebati
- Masukkan daun sawi dan kacau.
- Tolak sikit bahan tumisan dan sayur ke tepi, tambah sedikit minyak dan pecah masuk telur.
- Kacau telur biar jadi scramble egg (tapi jangan hancur sangat). Tabur sedikit perencah maggi atas telur (pilihan).
- Masukkan sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
- Masukkan maggi kosong (yang telah dicelur). Kacau sampai bahan bergaul sebati.
- Boleh tambah sambal penyet dan kicap mengikut citarasa sendiri.
- Hidangkan maggi goreng bersama telur goreng dan sambal penyet.
Tip:
- Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong, supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan.
- Selepas celur maggi, angkat dan bilas dengan air paip cepat-cepat sebab tak nak maggi kembang.
Maggi Goreng Sambal Penyet
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :