Singgang Pedas Ikan Kembung
Resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus. Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan yang segar. Jom cuba 🙂
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung
- 2 keping asam gelugor
- 1 batang serai, dititik
- daun kesum
- 1 inci lengkuas, hiris nipis
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan kisar halus:
- 3 biji cili merah
- 3-4 biji cili padi
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- secubit belacan
Cara Penyediaan:
- Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.
Singgang Pedas Ikan Kembung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.