Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya

Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya

Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
Tangkap layar video tular lelaki yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. Foto ihsam pembaca

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan lelaki yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak seperti video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata polis mengesan rakaman video kejadian itu dimuat naik di Twitter pada jam 4.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui masa dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.



“Satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam.

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak berdasarkan rakaman yang tular,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Terdahulu, video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan ketika laluan di situ sibuk dengan kenderaan.

Bagaimanapun, semakan BH di laman Twitter berhubung hantaran video berkenaan di laman Twitter didapati sudah dipadamkan.



Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button