Sanggup upah penjenayah rompak isteri sendiri

Sanggup upah penjenayah rompak isteri sendiri

Sanggup upah penjenayah rompak isteri sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki mengupah tiga penjenayah untuk merompak barang kemas isterinya yang dianggarkan mencecah nilai RM16,000, bagi membolehkannya membuat tuntutan insurans.

Kejadian itu terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga asing yang disyaki menyamun mangsa di kediamannya di Taman Hijau, Karak, Bentong, Pahang, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata insiden berlaku jam 3.05 petang ketika wanita berusia 42 tahun itu bersendirian di kediaman kerana ibu dan anaknya bertandang ke rumah seorang saudara mereka.

Ketika itu, beliau berkata, suami mangsa juga tiada di rumah dan dikata melakukan kerja amal di sebuah kuil di Karak, Bentong.

“Tiba-tiba, datang tiga lelaki tidak dikenali dengan memakai topeng dan mengacukan parang ke arah mangsa sebelum menggeledah rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Ketiga-tiga suspek itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Alza yang diletakkan di hadapan rumah, bersama sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM16,000 milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil maklumat diperoleh, Zaiham berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dengan bantuan anggota IPD Nilai, Negeri Sembilan, berjaya memberkas tiga suspek di Nilai.

“Tiga suspek membabitkan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berumur 24 tahun, ditahan pada jam 9.30 malam hari kejadian.



“Kenderaan dipercayai digunakan ketika kejadian turut dirampas. Hasil semakan mendapati dua suspek warga tempatan berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes rompak,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap suspek mendapati suami mangsa disyaki menjadi dalang utama kes rompakan itu bagi tujuan tuntutan insurans.

“Susulan itu, kita menahan suami mangsa yang berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. Semua suspek kini direman tujuh hari hingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, iaitu rompak berkumpulan menggunakan senjata,” katanya

Sanggup upah penjenayah rompak isteri sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button