Aku Rindu Zaman Najib

Aku Rindu Zaman Najib

Bulan Ramadhan 1439 Hijrah atau sekitar bulan Jun 2018, seluruh dunia menyaksikan bagaimana sang penguasa ketika itu menggunakan kuasa untuk membalas dendam.

Rumah mantan perdana menteri ke 6, DS Najib Razak digeledah dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.



Belum pernah terjadi ratusan wartawan dari pelbagai media seluruh dunia dipanggil untuk membuat liputan ketika polis membuat operasi.

Apatah lagi operasi penggelidahan rumah seorang mantan perdana menteri.

Namun itulah yang menjadi sejarah hitam negara apabila penguasa menggunakan kuasa untuk melempiaskan nafsu dendam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal




Mantan perdana menteri dilayan sebagai penjenayah yang sangat merbahaya.

Motif bukannya fokus kepada kemungkinan kesalahan tetapi lebih kepada niat mengaibkan.

Pemandu Teksi Menderita Selepas DS Najib Di Tumbangkan

 



Aku rindu zaman Najib…

Di era DS Najib menjadi perdana menteri, beliau telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk membela nasib pemandu teksi.

67,000 pemandu teksi di seluruh negara telah diberikan Kad Bantuan Pemandu Teksi 1Malaysia yang bernilai RM800 seorang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan


Bukan itu sahaja, pemandu teksi yang tidak mendapat BR1M kerana berhadapan dengan masalah pendaftaran SSM, akan diberikan kelulusan automatik.

Malah, pemandu teksi juga akan mendapat kemudah lain di bawah program kesetiaan Mesra (PETRONAS).



Ini termasuk perlindungan insurans kemalangan peribadi hingga RM50,000.

Segalanya diberikan supaya pemandu teksi dapat bersaing dengan lebih baik dengan pemandu e-hailing.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/411702/67000-pemandu-teksi-terima-kad-bantuan-rm800



Tetapi apa yang berlaku?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan


Dalam kempen PRU 14, syarikat teksi Blue Wave telah membantu bersunggu-sungguh untuk menjatuhkan DS Najib.

Ibarat madu diberi, tetapi tuba yang dibalas.

Akibatnya sehingga hari ini, nasib pemandu teksi semakin terbiar dan ramai antara mereka terpaksa menjual teksi mereka dan beralih kerjaya.

Peneroka FELDA Semakin Terabai Sejak DS Najib Hilang Kuasa

 

Aku rindu zaman Najib…

Peneroka FELDA adalah antara anak emas kerajaan Barisan Nasional di era DS Najib.

Pelbagai bantuan dan imbuhan diberikan kepada peneroka FELDA.

Pendapatan purata setiap isirumah peneroka FELDA ketika itu adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Tidak cukup dengan itu, peneroka FELDA juga diberikan kemudahan tanpa faedah untuk mengubah suai rumah.

Bukan sekada itu, peneroka FELDA juga diberikan bantuan persekolahan anak-anak, bantuan duit raya dan juga diberikan bonus yang tinggi.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/460821

Ini adalah kerana FELDA berada sangat dekat dengan hati DS Najib kerana yang menjadi pengasas FELDA adalah al-marhum ayahanda beliau, Tun Abdul Razak.

Tetapi dalam PRU 14, peneroka FELDA yang banyak mendapat bantuan dari DS Najib telah beramai-ramai menjatuhkan beliau.

Akibatnya, sehingga sekarang, kehidupan peneroka FELDA ibarat kais pagi makan pagi dan adakalanya penat mengkais tapi tak makan-makan.

Penjualan IHH Menyebabkan Masalah Peluang Pekerjaan Kepada Doktor Kontrak

 

Aku rindu zaman Najib…

Antara projek yang menjadi kesayangan DS Najib adalah penubuhan syarikat IHH Healthcare Berhad.

Ia adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana pemegang terbesar dalam syarikat tersebut adalah Khazanah Berhad.

Dengan pertumbuhan dan peningkatan perniagaan IHH Berhad, syarikat tersebut berjaya menguasai puluhan hospital bertaraf antarabangsa di seluruh dunia.

Ianya bukan sahaja akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada Khazanah Berhad di mana antara pemegang saham Khazanah adalah PNB dan KWSP.

Dalam artikata lain, keuntungan Khazanah di dalah IHH dapat diagihkan kepada PNB dan KWSP.

Ini pasti akan memberikan pulangan yang lumayan kepada rakyat secara keseluruhan melalui dividen KWSP dan PNB.

Lebih dari itu, DS Najib juga sudah menyediakan ribuan peluang pekerjaan untuk graduan perubatan dan juga doktor kontrak tempatan.

Mereka boleh diserapkan ke mana-mana hospital antarabangsa di dunia kerana pemegang saham terbesar adalah Khazanah.

Tetapi ianya telah dijual oleh Kerajaan PH 1.0 yang diterajui oleh Dr Mahathir.

Akibatnya, hingga ke hari ini, bukan sahaja negara mengalami lambakan kelulusan perubatan, tetapi juga rakyat mendapat kadar faedah yang cukup rendah dari KWSP.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-ph-hanya-tahu-jual-aset-najib-razak-195197

DS Najib Mahu Supaya Perjuangan Di Teruskan Walau Pun Beliau Berada Di Balik Tirai Besi

 

Aku rindu zaman Najib…

Kini, DS Najib terkurung di balik tirai besi.

Beliau dipenjarakan tanpa diberikan perbicaraan yang adil dan hak beliau untuk mendapatkan pembelaan dinafikan sepenuhnya.

Namun sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, kehidupan rakyat, nasib rakyat dan penderitaan rakyat sentiasa berada di fikiran beliau.

Jasad yang terkurung tidak sedikit pun menyekat beliau untuk memikirkan masalah rakyat.

Bukan masalah diri sendiri yang diberikan keutamaan, tetapi masalah rakyat, rakyat dan rakyat.

Kita semua merindui sesosok tubuh yang sudah berdekad lamanya menghambakan diri untuk rakyat.

Namun dalam perayaan Aidilfitri, beliau kesunyian di belakang tirai besi.

Proses mendapatkan keadilan melalui perundangan sudah tertutup.

Hanya pengampunan SPB YDP Agong sahaja dapat mengembalikan DS Najib kepada orang yang beliau sayangi dan orang yang menyayangi beliau, rakyat.

Andainya melalui pengampunan juga dinafikan hak beliau, yang mampu kita lakukan adalah berdoa kepada Allah SWT.

Adil dan benar di sisi manusia, belum pasti ianya adil dan benar di sisi Allah SWT.

Sehingga munculnya cahaya di hujung terowong, kita semua pasti rindukan zaman Najib…😢😢😢

 

Aku Rindu Zaman Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading