Optimis kumpul dana RM300j

Optimis kumpul dana RM300j

Optimis kumpul dana RM300j
MOHD Irwan (empat dari kiri) dan Dr Mohammad Hanis (tiga dari kiri) bersama pemenang bertuah Bank Rakyat. – Gambar NSTP/AHMAD UKASYAH

Kuala Lumpur: Bank Rakyat menyasarkan mengumpul dana keseluruhan RM300 juta menjelang Disember 2024 menerusi Pelaburan-i Rizq Plus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohammad Hanis Osman berkata, Bank Rakyat optimis jumlah itu dicapai berikutan akaun Pelaburan-i Rizq patuh Syariah selain menawarkan pelanggan hadiah utama bernilai RM1 juta.

Katanya, sejak diperkenalkan lapan bulan lalu, pihaknya mencapai jumlah pelaburan lebih RM100 juta bagi Pelaburan-i Rizq Plus yang membabitkan 20,000 pemegang akaun.



“Bank Rakyat menawarkan struktur hadiah baharu akaun Pelaburan-i Rizq Plus dan peningkatan hadiah lumayan berjumlah keseluruhan RM5.8 juta dengan hadiah utama bernilai RM1 juta kepada pelanggan bertuah bermula awal Ogos lalu sehingga Januari 2025.

“Peningkatan jumlah keseluruhan hadiah demi memastikan lebih ramai pelanggan berpeluang memenangi kategori cabutan bertuah yang diadakan sepanjang tempoh itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO




“Kami optimis sehingga akhir tahun depan lebih kurang RM300 juta Pelaburan-i Rizq dicapai,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun Bank Rakyat ke-69 dan penyampaian hadiah cabutan bertuah Pelaburan-i Riqz plus, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Sementara itu, pemegang akaun Pelaburan-i Rizq Plus sama ada pelanggan baharu atau sedia ada berpeluang memenangi tujuh kategori cabutan termasuk cabutan bulanan (kategori umum dan peringkat negeri), suku tahun, setengah tahun, cabutan ulang tahun Bank Rakyat, cabutan perayaan khas, cabutan hadiah utama dan pelbagai cabutan istimewa.

Sejak pelancaran akaun Pelaburan-i Rizq Plus, lebih 1,500 pemenang bertuah menerima cabutan hadiah tunai keseluruhan bernilai RM1 juta.



Selain hadiah wang tunai, di bawah struktur hadiah baharu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah emas serta peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun berdasarkan nilai saham sehingga RM100,000.

 

Optimis kumpul dana RM300j

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading