PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

 

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah menetapkan, hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu pada 27 April 2024 atau hari Sabtu yang akan datang.

Manakala hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.



Ini bermakna, pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu akan membuang undi pada 11 Mei 2024.

Namu begitu Perikatan Nasional (PN) dilihat belum lagi dapat mencapai kata putus, komponen parti mana yang akan meletakkan calon mereka di PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Perbalahan antara parti PAS dan Gerakan dilihat semakin memuncak dengan masing-masing bertegas mahu meletakkan calon mereka.

Pada hari Sabtu yang lepas, Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau, mengumumkan, Gerakan akan meletakkan calon mereka dalam PRK tersebut.



Menurut Dr Dominic, parti Gerakan sudah sebulat suara menetapkan calon yang akan bertanding di PRK Kuala Kubu Baharu adalah dari parti mereka.

Namun kenyataan Dr Dominic disanggah oleh Pengarah Pilihanraya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Sanusi Md Nor bertegas mahu calon Melayu dipertaruhkan pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Menurut Sanusi, perkara itu akan ditegaskan pada mesyuarat esok bersama pimpinan tertinggi PN mengulas hasrat Gerakan mahu meletakkan calonnya di kawasan itu.



“Isnin (hari ini) baru mesyuarat, saya akan hadir mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan bincangkan mengenai calon PRK.”

“Dalam mesyuarat itu juga, saya akan kemukakan cadangan saya sebelum ini, yang mahu cadangkan calon Melayu mewakili PN, dari parti mana tak kisahlah.”

“Saya tak bimbang berlakunya protes,” tegas Sanusi.

Apakah kesudahan pertelagahan antara kedua-dua parti tersebut?



 

PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button