Kertas siasatan kes hina Jata Negara, fitnah Dr Wan Azizah diserah ke Peguam Negara

Kertas siasatan kes hina Jata Negara, fitnah Dr Wan Azizah diserah ke Peguam Negara

Kertas siasatan kes hina Jata Negara, fitnah Dr Wan Azizah diserah ke Peguam Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika ditemui di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur. – Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pengarang buku kontroversi ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang didakwa menghina Jata Negara sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, ketika mengesahkan perkara itu berkata polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC pada 25 Oktober lalu.



“Ia masih dalam peringkat kajian pihak terbabit (AGC),” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Pada 16 Oktober lalu, pengarang buku yang disiasat susulan laporan mengenai penghinaan terhadap Jata Negara ditahan polis di Pejabat Imigresen Kelana Jaya, dekat sini, semasa memohon pembaharuan pasport.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan kes hantaran didakwa berunsur fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Razarudin berkata, kertas siasatan kes itu juga sudah diserahkan kepada AGC.

“Kes ini turut disiasat oleh USJT dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC pada 31 Oktober lalu,” katanya.



Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Polis siasat Ratu Naga

Terdahulu, Razarudin mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas penyedia kandungan media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’.

Ia berkaitan hantaran dimuat naiknya didakwa berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah menerusi Instagram dan TikTok.

Siasatan dijalankan susulan laporan polis diterima daripada PKR Bandar Tun Razak pada 22 Oktober lalu berhubung isu itu.



Susulan itu, Syarul Ema Rena diarahkan hadir memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, pada 31 Oktober lalu.

Kertas siasatan kes hina Jata Negara, fitnah Dr Wan Azizah diserah ke Peguam Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button