Mayat budak disumbat dalam beg pakaian

Mayat budak disumbat dalam beg pakaian

Mayat budak disumbat dalam beg pakaian
NAO Hosaka. FOTO Agensi

Tokyo: Ibu dan adik-beradik kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didakwa pada Ahad atas pembunuhan budak itu, lapor media tempatan.

Nao Hosaka didakwa dipukul hingga mati dan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian sebelum dibuang di padang rumput berhampiran rumahnya.

Mayatnya ditemukan pada bulan lalu.



Suspek termasuk ibu Nao, Saki Hosaka, 34, abangnya Daichi, 32, dan kembar keluarga itu, Tomomi dan Asaka yang berusia 30 tahun.

Nao dan neneknya, 57, tinggal bersama keluarganya itu di sebuah apartmen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




Sebelum penahanan Saki, dia membawa penyiasat ke kawasan berumput, kira-kira 800 meter dari apartmen itu.

Mayat Nao ditemukan di dalam beg pakaian itu, kata The Japan Times, yang memetik sumber.

Saki memberitahu polis, empat beradik itu membawa mayat di dalam beg pakaian dari rumah mereka.

Empat suspek itu dilihat berjalan dengan beg pakaian berhampiran rumah kanak-kanak lelaki itu kira-kira 5 petang 19 Jun lalu.



Ia berdasarkan rakaman video kamera keselamatan yang diperoleh The Asahi Shimbun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?


Polis wilayah Hyogo mengesyaki, Nao dipukul sehingga mati dengan paip logam pada 19 Jun lalu.



Badan Nao mempunyai kesan lebam, terutama di bahagian belakang badannya dan polis mengesyaki Nao didera setiap hari, semasa dia masih hidup.

Kakitangan taska yang dihadiri Nao mendapati lebam di bahu dan punggungnya pada April lalu.

Pada Mei lalu, seorang jiran yang tidak disebutkan namanya yang berusia 20-an turut melihat Nao menangis di balkoni apartmen dan meminta bantuan.

Punca kematian berkemungkinan kejutan traumatik.



Disebabkan pukulan serius itu, polis sedang mempertimbangkan pertuduhan tambahan termasuk meninggalkan mayat dan kegagalan membawa Nao ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecederaannya.

Polis membuat kesimpulan, suspek mempunyai sama ada niat untuk membunuh atau tidak sengaja membiarkan Nao mati, yang sepatutnya membawa kepada kesalahan membunuh.

Polis merampas beberapa objek berbentuk kayu termasuk paip logam dari apartmen itu.

Keempat-empat suspek pada mulanya ditahan pada 22 Jun kerana disyaki mencederakan dan mengurung nenek mereka itu, antara Mac hingga Jun, di dalam almari di pangsapuri mereka.



Polis percaya nenek itu dipukul di belakangnya dengan paip besi.

Dia diletakkan di tempat perlindungan pada 20 Jun selepas berjaya melarikan diri dari apartmen itu, apabila tiada sesiapa di rumah.

Mayat budak disumbat dalam beg pakaian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading