‘Hero’ kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi

‘Hero’ kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi

'Hero' kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi
Detik cemas seorang kontraktor menyelamatkan wanita hanyut bersama kereta di dalam longkang di Kota Tinggi pagi tadi. (Foto kecil) Choo Ngiam Choong.

Kota Tinggi: “Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras.”

Demikian kata kontraktor berusia lingkungan 50-an, Choo Ngiam Choong, menceritakan detiknya menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras bersama kereta selepas kenderaan itu terbabas ke longkang.

Ngiam Chong disifatkan ‘hero’ apabila video detik cemas itu tular memaparkan aksinya terjun ke longkang dengan arus deras berhampiran Jalan Bukit Samsu Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, sebelum membantu menyelamatkan mangsa yang berisiko hanyut.



Bercerita lanjut, katanya, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dia dalam perjalanan menikmati sarapan pagi dari Kota Tinggi menuju Mawai, sebelum menghentikan kenderaan sebaik melihat rakannya menghentikan kereta.

Katanya, dia terkejut mendapati sebuah kereta hanyut dalam longkang dengan dua wanita turut dihanyutkan arus deras.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan




“Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut… melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

Anak ke-10 daripada 12 beradik dan berasal dari Kota Tinggi itu berkata, dia juga bersyukur tidak mengalami kecederaan ketika membantu mangsa berkenaan.

“Saya memang pandai berenang dan pernah meredah kawasan bukit serta mencabar sebelum ini.

“Syukur saya memiliki stamina untuk bantu mangsa itu.



“Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang tiada penggantinya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus dengan seorang wanita dilihat berpaut pada bahagian belakang kenderaan itu sambil meminta tolong.

‘Hero’ kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button